suria

Cari nama paling sesuai, akhirnya Feeya Iskandar pilih Muhammad Zidane untuk anak ketiga - “Suami saya pun memang minat bola”

Feeya Iskandar jelaskan maksud nama anak ketiganya iaitu Muhammad Zidane.

SELEPAS sebulan melahirkan cahaya mata ketiga, penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar mengumumkan nama anak lelakinya iaitu Muhammad Zidane.

Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, 32, berkata nama itu dipilih kerana suaminya Nurashid Abdul Wahab meminati sukan bola sepak termasuklah pemain terkenal dunia, Zinedine Zidane.

"Untuk nama anak ketiga ini kita cari-cari dan fikir banyak nama sehinggalah jumpa kata sepakat... kami ternampak nama Zidane, jadi mengapa tidak kita beri nama Zidane.

ARTIKEL BERKAITAN: Feeya Iskandar dapat anak lelaki lagi, bersalin ditemani suami - “Nombor tiga ni lain macam sikit keluar sampai kena vakum”

"Nama Muhammad pula nama nabi junjungan kita. Apabila dicantumkan jadi Muhammad Zidane... sedap juga, terus on sajalah!



Feeya akui berpantang anak ketiga lebih mencabar.

"Lepas itu suami saya pun memang minat bola, mana la tahu kut-kut nama Zidane ni nanti anaknya hebat main bola," katanya kepada mStar.

Feeya Iskandar selamat melahirkan anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 11 Februari lalu.

Saya tak reti nak duduk diam, walaupun di rumah sekalipun ada sahaja kerja yang nak dibuat!

FEEYA ISKANDAR

PENYAMPAI RADIO SURIA

Ditanya mengenai pengalaman berpantang kali ini, Feeya mengakui lebih mencabar kerana dalam masa sama perlu menguruskan dua anak yang sedang membesar.

"Pantang kali ini memang sungguh mencabar sebab ada dua hero yang sekarang ni memang tengah lasak... memang saya tak boleh nak leka sebab dua hero itu suka kacau baby, kalau dibiarkan habislah di cubit-cubit pipi adiknya itu.



Feeya dan suami, Nurashid bersama anak pertama dan kedua mereka.

"Ada beberapa hari lagi nak habis pantang! Alhamdulillah saya sihat dan tak ada masalah untuk mengikuti sesi fotografi bersama radio Suria FM untuk kempen bulan Ramadan dan Aidilfitri.

"Memang saya tak reti nak duduk diam, walaupun di rumah sekalipun ada sahaja kerja yang nak dibuat... yang penting kita tahu kemampuan badan kita macam mana," ceritanya.

Feeya mendirikan rumah tangga Rashid pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain