KEMESRAAN yang ditunjukkan pelakon Remy Ishak dengan bekas tunangnya Ezza Yusof baru-baru ini mengundang pelbagai telahan kononnya mereka sudah kembali bersama. Namun buat masa ini, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 39, mengakui masih solo dan belum mempunyai pengganti. Ujar Remy, penglibatannya dalam melakukan kejutan sempena majlis ulang tahun kelahiran Ezza beberapa hari lalu adalah atas dasar teman baik. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya belum mampu...” - Remy Ishak putus tunang! "Saya masih lagi solo. Walaupun kami dah putus dalam pertunangan tapi kami masih lagi berkawan baik sehingga sekarang. "Tak semestinya kami dah putus tunang, hubungan (silahtuhrahim) pun terus putus. Saya tak berani nak cakap fasal benda ini takut kalau tersalah cakap akan melukakan hati pihak di sebelah sana. Gambar yang dimuat naik Ezza di Instagram. Beberapa hari lalu Ezza atau Roszaliza Yusof, 38, berkongsi foto dan video dia bersama Remy dan sekumpulan rakan yang lain meraikan ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran Keserasian antara mereka tentunya menarik perhatian peminat aktor tersebut. Sementara itu pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu juga mengakui sudah sampai masanya untuk dia mendirikan rumah tangga. Saya ada rasa nak kahwin, yelah umur dan macam ini bila balik rumah... rasa sunyi. REMY ISHAK PELAKON Namun begitu, pelakon kelahiran Melaka ini enggan terburu-buru untuk melangkah ke fasa baharu bergelar seorang suami. "Saya sendiri secara peribadi ada rasa nak kahwin, yelah umur dan macam ini bila balik rumah... rasa sunyi. Sudah sampai masanya (untuk berkahwin), kalau ada jodoh saya dengan Ezza, adalah. "Saya pun selesa dengan dia sebab dia seorang yang penyabar dan memahami saya. Remy akui sudah sampai masanya untuk dia melangkah ke alam perkahwinan. "Satu yang saya respect dengan Ezza ini dia sentiasa ada di sisi saya, ada ketikanya saya juga pernah melalui fasa-fasa jatuh bangun dalam hidup dan dia antara individu yang sentiasa setia berada di samping saya," ujarnya lagi. Remy juga menyatakan dia tidak akan merahsiakan kepada pihak media dan peminat sekiranya sudah sampai masanya untuk dia naik pelamin. "Jangan risau saya akan beritahu kepada semua jika saya kahwin nanti, saya tidak akan berahsia. "Tapi bukanlah dalam masa terdekat ini," katanya. Remy sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan berusia 38 tahun itu selama dua tahun sebelum memutuskan hubungan pada 2019. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!