BERITA perubahan penampilan pelakon Nonny Nadirah yang dikatakan semakin seksi baru-baru ini turut memberi tempias kepada bekas teman lelakinya iaitu aktor Niezam Zaidi. Menurut Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi, dia menerima banyak mesej daripada netizen di laman sosial yang mengatakan dia mampu mengubah Nonny ke arah yang lebih baik dengan menikahi aktres tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah sendiri ‘upload’ gambar seksi, Mila Jirin ajak kembali ke pangkal jalan - “Tolong lawan godaan syaitan” Namun ada juga segelintir netizen yang menuduh pelakon berusia 29 tahun itu sebagai punca Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berubah seperti itu. Niezam muat naik status di Instagram. "Selepas isu itu menjadi tular, saya terima banyak mesej daripada netizen di laman sosial. Ada yang meminta saya untuk kahwin dengan Nonny sebab katanya saya saja boleh mengubah Nonny. "Tapi ada juga yang kecam dan kata saya adalah punca perubahan tersebut. Sebab itu juga saya ada muat naik status berkenaan isu tersebut selepas terima macam-macam mesej. "Apa-apa pun, pesanan untuk yang kecam dan mesej saya... terima kasih banyak. Saya minta maaf sebab saya tak ada hak ke atas Nonny dan dia juga tak ada hak ke atas saya. Tapi saya ada hak untuk mendoakan baik-baik untuk semua orang," katanya kepada mStar. Sebelum ini, perkongsian Nonny yang berpakaian seksi di Instagram mengejutkan ramai termasuk rakan baiknya iaitu penyanyi Mila Jirin. Saya hanya mendoakan yang terbaik sebab saya tak percaya itu adalah dia. NIEZAM ZAIDI PELAKON Niezam juga dilihat memuat naik status mengatakan dia yakin bahawa Nonny seorang yang kuat untuk menghadapi ujian dan turut menitip doa agar bekas kekasihnya itu serta keluarga sentiasa dilindungi Allah. Bagaimanapun selang sehari selepas itu, Nonny yang berusia 31 tahun itu memadam foto tersebut dan membiarkan akaun Instagram miliknya tanpa sebarang perkongsian. Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini enggan mengulas lebih lanjut kerana menganggap isu yang melibatkan Nonny adalah ujian. Biarpun sudah hampir tiga bulan terputus hubungan, namun pelakon drama Cindai ini akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nonny. Niezam pernah berjumpa dengan ahli keluarga Nonny di Sabah. "Bagi saya, apa yang berlaku itu adalah ujian untuk saya dan semua orang. Saya tak nak komen lebih sebab saya sendiri tak pasti perkongsian itu sememangnya dia atau tidak. Sebagai manusia, saya tak ada hak nak nilai orang lain. "Saya hanya mendoakan yang terbaik sebab saya tak percaya itu dia... Allah lebih mengetahui. Di akhir zaman ini, macam-macam fitnah boleh berlaku. Sebenarnya saya sendiri sudah lama tak berhubung dengan Nonny. "Kali terakhir kami berhubung pada 16 Januari lalu dan saya pun tak tahu dia sudah pulang ke Sabah. Kami tiba-tiba lost contact tapi setahu saya, kami tidak mempunyai sebarang masalah pun," ujarnya. Menerusi laporan mStar pada 26 Oktober tahun lalu, Nonny mendedahkan perancangan dia dan Niezam untuk berkahwin tidak kesampaian kerana mengambil keputusan untuk berpisah. Mengenai perkembangan karier seni, dua filem terbaharu lakonan Niezam iaitu Rempit 2 dan Airforce bakal ditayangkan pada tahun ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!