SELEPAS tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Dayana Roza berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung. Masih dalam fasa kehamilan trimester pertama, Dayana, atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, berkata buat masa ini dia tidak mengalami sebarang alahan teruk. "Alhamdulillah kandungan masih baharu lagi, kalau ikut kiraan doktor usia dah lebih 10 minggu... semestinya sangat teruja menerima berita gembira ini. ARTIKEL BERKAITAN: Persahabatan enam tahun membawa ke jenjang pelamin... Dayana Roza kini isteri usahawan - “Tak sangka, jodoh depan mata” "Syukur awal kehamilan saya tak alami alahan teruk, semuanya normal sahaja... cumanya sekarang tak boleh kalau tak makan. "Kalau saya tertinggal waktu makan, mulalah perut masuk angin dan muntah-muntah... jadi saya kena ada makanan yang boleh kunyah-kunyah," katanya kepada mStar. Dayana berkongsi imbasan ultrasound di Instagram miliknya. Sebelum itu, menerusi Instagram, pelakon drama Seadanya Aku ini berkongsi foto imbasan ultrasound kandungannya. Dalam perkongsiannya itu, Dayana meminta orang ramai mendoakan agar bayi dalam kandungannya membesar sihat dan proses kehamilan itu dipermudahkan. Saya okay sahaja, tapi kalau nak tahu masa awal mengandung suami pula yang alami pening-pening. DAYANA ROZA PELAKON "Ucapan 'Hi' pertama kamu kepada mummy dan daddy. Saya tak sabar lagi untuk menjadi yang pertama dalam segalanya sayangku. "Doakan semuanya dipermudahkan ya!" tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) Adale Dayana Junior dan September Baby. Dayana dan suami tersayang, A'dale. Dalam pada itu, Dayana mendedahkan suaminya iaitu A'dale Adham Ayahudin pula berdepan alahan semasa bulan pertama kehamilan. "Saya okay sahaja, tapi kalau nak tahu masa awal mengandung suami pula yang alami pening-pening. "Mungkin alahan itu turut dirasai oleh suami, sekarang ini Alhamdulillah dia pun dah okay!" ujarnya. Dayana dan A'dale mendirikan rumah tangga di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 20 Disember 2020. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!