VOKALIS kumpulan Drama Band, Aepul Roza menimang cahaya mata kedua selepas isterinya, Leez Rosli selamat bersalin seorang bayi lelaki pada pagi Rabu. Menerusi perkongsian di laman Instagram, Aepul atau nama sebenar, Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 33, memuat naik foto bayi lelakinya yang dilahirkan di Hospital Islam AzZahrah, Bangi, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Aepul Roza (Drama Band), anak pula disahkan positif Covid-19 - “I’m sorry baby girl” "Alhamdulillah isteri saya, Leez dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, pukul 8.30 pagi tadi. Aepul berkongsikan berita gembira itu di Instagramnya. "Assalamualaikum, welcome to the world, baby boy... saya dah ada kawan untuk sama-sama main muzik rock," katanya. Dalam pada itu juga, Aepul turut meletakkan tanda pagar #NSA memberikan bayangan nama yang akan diberikan buat putera hatinya itu. Alhamdulillah isteri saya, Leez dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, pukul 8.30 pagi tadi. AEPUL ROZA VOKALIS DRAMA BAND Aepul mendirikan rumah tangga dengan Leez atau nama sebenar, Rosliza Rosli, 34, pada 27 Disember 2014 di Taman Melati, Kuala Lumpur. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Nur Saffiya Alisha yang kini berusia lima tahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!