suria

Hanya tayang 1 episod sahaja di Indonesia, Shahrulezad akui ‘Nur’ dibuat ikut selera penonton Malaysia - “Acik-acik bawang sana suka sinetron zoom in zoom out”

Shahrulezad merupakan pengarah drama fenomena Nur yang dibintangi Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.

DRAMA Nur yang menjadi fenomena di Malaysia pada tahun 2018 mencatat kejayaan luar biasa apabila sebuah stesen penyiar Indonesia telah membeli hak siaran drama tersebut untuk ditayangkan di sana baru-baru ini.

Namun, baharu ditayangkan episod pertama, drama itu telah ditarik balik siarannya oleh stesen televisyen terbabit disebabkan kurang mendapat sambutan penonton di negara seberang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Watak perempuan bertudung promosi judi, pengarah Shahrulezad minta netizen henti kongsi video klip

Menjelaskan perkara itu menerusi laman Instagramnya, pengarah Nur, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat berkata, dia tidak berkecil hati, sebaliknya faham dengan citarasa penonton negara itu.

"Selera mereka tak sama dengan selera kita. Acik-acik bawang sana (Indonesia) suka sinetron jenis zoom in zoom out dengan perkembangan watak dan skor muzik yang berlebihan.

Perkongsian Shahrulezad di Instagramnya.

"Manakala selera penonton Malaysia pula saya faham yang macam mana. Drama Nur diterbitkan untuk penonton Malaysia pada awalnya bukan untuk penonton sana.

"Jadi, logik sahaja kalau drama Nur tak pergi (tak dapat sambutan) di sana," katanya.

"Selera mereka tak sama dengan selera kita. Acik-acik bawang sana (Indonesia) suka sinetron jenis zoom in zoom out dengan perkembangan watak dan skor muzik yang berlebihan.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH DRAMA NUR

Menurut Shahrulezad lagi, dia lagi mementingkan agar mesej dakwah menerusi naskhah Nur itu dapat disampaikan dengan baik kepada khalayak penonton.

"Yang penting bagi saya mesej dakwah dalam Nur itu mengalir ke drama mereka walaupun payah mereka nak mengaku kehebatan drama dari Malaysia walaupun terpaksa 'membunuh' drama dari kita dengan alasan rating.

Nur mengisahkan percintaan dua individu yang datang dari dua latar belakang berbeza.

"1 episod sahaja... manakala dah beli syndicated drama Nur dua musim (Nur dan Nur 2) tapi burn macam itu sahaja. Suka hati korang (pihak penyiar Indonesia) la. Duit korang kan," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Nur mengisahkan tentang perjalanan kisah Ustaz Adam berkahwin dengan perempuan jalanan bernama Nur. Perkahwinan mereka diduga dengan pelbagai masalah disebabkan mendapat tentangan daripada keluarga Adam selain pandangan serong masyarakat.

Drama ini dibintangi pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Atiq Azman dan Laila Nasir.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain