suria

Gara-gara komen jerawat Jaehyun NCT, Iman Troye tak fasal-fasal diserang peminat K-Pop

Iman mohon maaf kepada peminat Jaehyun NCT kerana menimbulkan salah faham.

KOMEN yang ditinggalkan penyanyi Iman Troye di artikel rahsia Jaehyun NCT miliki wajah bersih tanpa jerawat di Instagram mStar pada Ahad menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat K-Pop.

Iman, 19, menulis komen membawa maksud artis K-Pop yang melakukan pembedahan plastik juga akan mengalami masalah jerawat di wajah dikatakan berniat mengutuk penyanyi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masih single, kalau nak try boleh DM” - Iman Troye

"Kau ingat plastic surgery tak tumbuh jerawat ke... ya Allah," tulis Iman.



Iman berkongsi penjelasannya di laman sosial.

Enggan membiarkan dirinya terus dikecam, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin tampil menjelaskan komen itu tidak bermaksud dia mengkritik wajah penyanyi K-Pop tersebut.

Sebaliknya, penyanyi lagu Teman ini memberitahu dia hanya ingin mempertahankan artis K-Pop dan Jaehyun yang dikecam netizen di ruang komen perkongsian tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Fitnah apa ini? Baca balik. Orang yang komen dekat situ kata 'semua artis K-Pop ni plastic surgery sebab itu diorang tak tumbuh jerawat'. Saya cuba pertahankan sebab saya sendiri minta K-Pop.

"Saya tak cakap pun mereka buat plastic surgery masih akan tumbuh jerawat. Jadi, maknanya mereka tak buat plastic surgery la. Allahuakhbar.

Memang tak ada niat dan tak terdetik pun nak buat anda semua kecil hati.

IMAN TROYE

PENYANYI

"Ya, saya minat NCT... saya komen macam itu sebab saya cuba untuk pertahankan tapi mungkin anda semua salah baca," jelas Iman menerusi laman Twitter miliknya.

Gara-gara berlaku perbalahan tersebut, nama Iman Troye turut menjadi trending di Twitter sejak Ahad.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pejam Celik Hari Raya ini memohon maaf kepada peminat Jaehyun dan kumpulan NCT kerana menimbulkan salah faham dengan komen tersebut.

Iman turut mengakui kekurangannya yang tidak memiliki kecantikan dan suara seperti yang netizen mahukan.



Nama Iman turut menjadi trending di Twitter.

"Sumpah saya minta maaf kalau korang terasa ke apa. Memang tak ada niat dan tak terdetik pun nak buat anda semua kecil hati. Saya tahu, saya tak cantik, suara tak seperti yang korang mahukan, annoyed dan semuanya.

"Tapi sumpah demi Allah saya nak pertahankan mereka. Saya minta maaf sekali lagi. Ini bulan puasa, tak akan menipu dengan apa yang saya nak sampaikan.

"Dengan nama Allah, niat saya nak pertahankan. Saya minta maaf kepada peminat NCT dan anggota NCT. Saya akan diam saja selepas ini. Saya salah sebab tak jelaskan betul-betul.

"Saya minta maaf sangat. Allahuakhbar, saya tak sangka semua akan salah faham dengan komen saya. Korang boleh terus tegur dan marah saya. Memang salah saya sebab buat semua salah faham," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain