suria

Tak sangka Alif Satar, Elly Mazlein pun ‘kaki’ drama… Pastinya bukan calang-calang pilihan duta, jom check it out!

Drama bersiri Rindu Awak Separuh Nyawa antara yang menghiasi Kempen Astro Ramadan/Raya 2021.

BULAN suci Ramadan sememangnya ditunggu-tunggu setiap umat Islam bagi mempertingkatkan amalan kerohanian bersama keluarga masing-masing.

Keakraban setiap ahli keluarga tentunya lebih terserlah jika dapat bersahur dan iftar bersama, selain solat berjemaah termasuk tarawih sepanjang bulan mulia ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hamil 3 bulan, Elly Mazlein hilang selera makan sampai tak boleh bau bawang - “Nak sushi je... feeling Korea!”

Tidak ketinggalan, stesen penyiar Astro turut menghidangkan variasi rancangan menarik untuk tontonan seisi keluarga bagi mengeratkan lagi ukhwah.

Menerusi kempen Astro Ramadan dan Raya 2021 Buka Lembaran Baharu terdapat pelbagai pengisian merentasi dua platform utamanya iaitu televisyen dan radio.

Dikenali sebagai Skuad Lembaran Baharu, barisan duta terpilih terdiri daripada gabungan pelakon, penyanyi, hos dan figura yang memiliki bakat yang pelbagai seperti Alif Satar dan Elly Mazlein serta usahawan remaja yang kini turut terlibat dengan pentas komedi, Cik B.

Tidak ketinggalan barisan penyampai radio Astro iaitu Radin (Era), Dina Nadzir (Sinar), Shah (Gegar), pengacara dan penerbit Gempak TV, Isha Norsham serta pasangan karakter animasi Islamik popular, Omar & Hana yang turut bertindak selaku Skuad Lembaran Baharu.

Skuad Lembaran Baharu Astro

Dalam ramai-ramai Skuad Lembaran Baharu ini, pastinya Elly Mazlein sudah tidak sabar untuk menonton seleksi drama yang diterbitkan untuk Ramadan kali ini yang menyenaraikan seleksi yang bukan calang-calang best!.

Antara drama yang menjadi pilihan Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom tentunya slot kegemaran ramai, Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Ria (124) yang menampilkan drama bersiri hasil nukilam penulis novel terkenal negara, Siti Rosmizah berjudul ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’.

Mengetengahkan gandingan hebat Uqasha Senrose dan Shukri Yahaya, drama ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis bermula dari 23 Mac hingga 31 Mei, pukul 10 malam.

Ia mengisahkan anak tunggal Datuk Raqib iaitu Kasih Maisara yang bersikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya.

Kisah konflik dua beranak ini pastinya yang paling ditunggu-tunggu Elly Mazlein seisi keluarga bagi menghabiskan masa berkualiti bersama.

Juga istimewa di Astro Ria sepanjang bulan Ramadan ini, dua drama bersiri baharu yang bakal bersiaran menemani sekeluarga. ‘Kisah Rumah Tangga’ yang mengangkat kisah-kisah benar yang tular di Malaysia seperti masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri akan bersiaran dari hari Isnin hingga Jumaat, mulai 12 April hingga 14 Mei, pukul 7 malam.

Kisah Rumah Tangga antara rancangan yang tidak harus dilepaskan oleh anda untuk menonton sepanjang Kempen Ramadan/Raya ini.

Inilah antara siaran pilihan Alif Satar yang pastinya menjadikan kisah-kisah yang dipaparkan sebagai teladan untuk melayari alam perkahwinan. Jadi apa kata, anda juga turut sama menontonnya untuk mengambil iktibar realiti kehidupan rumah tangga ini.

Drama yang menampilkan barisan pelakon popular seperti Hannah Delisha, Faizal Hussein, Naqiu, Yusuf Bahrin dan Shaza Bae ini menyaksikan sutradara hebat, Shahrulezad Mohameddin bertindak selaku penerbit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Manakala, ‘Bila Syaitan Berbisik’ yang diarahkan oleh Rashid Sibir akan bersiaran pada Isnin hingga Khamis, mulai 12 April hingga 11 Mei, pukul 11 malam. Genre suspens dan seram yang sarat dengan mesej ini pula menjadi pilihan Cik B, sesuai dengan jiwa remajanya.

Diinspirasikan daripada kisah benar, ikuti perjalanan Naen dan Dhia membantu mangsa yang terlibat dengan kes-kes jenayah dalam agama, jenayah seks dan penderaan domestik yang ditonjolkan dalam Bila Syaitan Berbisik.

Saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (126) pula mempertaruhkan drama bersiri terbaharunya yang diadaptasi daripada telenovela popular Venezuela, MisTres Hermanas yang bertajuk ‘Hati Yang Dikhianati’, di mana ia akan bersiaran Isnin hingga Jumaat, mulai 12 April hingga 4 Jun, pukul 6 petang.

Ia mengisahkan tentang Iskandar yang mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan mahu terus bekerja demi melaksanakan tanggungjawabnya untuk membesarkan tiga adik perempuannya selepas kematian bapa mereka.

Hati Yang Dikhianati memaparkan lakonan cemerlang Amar Baharin dan Isyariana.

Iskandar kemudiannya telah berkahwin dengan Maria dan pada masa sama adik ketiganya, Lisa yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital tinggal bersamanya.

Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas.

Pertemuan mereka bagaimanapun telah membuahkan bibit kasih, namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri sudah bertunang, dan dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar Lisa sendiri. Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz dan suaminya Imran yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan kerja.

Drama 65 episod ini dibintangi pelakon seperti Amar Baharin, Isyariana, Syamim Farid, Mona Allen dan Zamarul Hisham.

Sepanjang Ramadan ini, program-program yang diterbitkan khas boleh ditonton menerusi aplikasi Astro Go dan Astro On Demand.

Rancangan-rancangan yang disiarkan ini juga adalah antara seleksi program yang pastinya menjadi pilihan kesemua duta Skuad Lembaran Baharu, jadi jangan lupa temu janji anda untuk menonton deretan ‘santapan’ yang dihidangkan oleh Astro khas buat semua pelanggan setia!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain