suria

Azhan Rani tiada niat mainkan isu bunuh diri, komen sindiran undang salah faham

Azhan Rani turut bersimpati dengan kes kemurungan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

GARA-GARA meninggalkan komen di sebuah portal berita berkaitan insiden bunuh diri baru-baru ini, pelakon Azhan Rani menerima kecaman netizen.

Azhan, 45, dituduh tidak sensitif dan seolah-olah mempermainkan insiden itu ketika membalas komen seorang pengikut di laman sosial berbunyi 'berkhemah sama si nopal'.

Tampil memperjelaskan perkara sebenar, Azhan berkata, dia tidak bermaksud untuk mempersendakan tragedi terbabit sebaliknya sekadar membalas komen bodoh yang ditinggalkan seorang netizen secara sindiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita sedih isu bunuh diri jadi bahan jenaka, mohon netizen henti sebar foto lelaki maut terjun tingkat 3

"Saya dah padam pun komen itu... berkenaan komen tersebut, saya cuma jawab secara sinikal tentang ada komen netizen yang kata pasal khemah (berkhemah dalam pusat beli-belah).

Komen Azhan yang menerima kecaman daripada netizen.

"Dia tulis komen macam itu, saya pun jawab secara main-main. Tujuan saya tulis komen itu bukan sebab tak sensitif sebaliknya nak ajar netizen kalau sebelum komen itu bacalah dulu berita penuh insiden tersebut.

"Ni tidak, tak baca terus tulis komen (yang bukan-bukan)," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkenaan komen tersebut, saya cuma jawab secara sinikal tentang ada komen netizen yang kata pasal khemah (berkhemah dalam pusat beli-belah).

AZHAN RANI

PELAKON

Pada Ahad, Azhan dikecam selepas meninggalkan komen berbunyi 'berkhemah sama si Nopal la' bagi menjawab pertanyaan netizen, 'berkhemah dalam mall ke macam mana ni?' menerusi satu posting gambar memaparkan mayat seorang lelaki terbabit yang maut selepas terjun dari tingkat tiga di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Azhan bersimpati dengan nasib mangsa.

Dalam kesempatan itu, Azhan berkata dia melihat isu kemurungan sebagai satu permasalahan serius yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi pada masa kini.

"Kita kena berhati-hati dengan masalah kemurungan dan berita ini pun mengingatkan diri saya sendiri tentang hal tersebut.

"Tidak dinafikan tahap ekonomi dan kesihatan (penduduk Malaysia) kini dalam paras yang teruk.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Apa-apa pun nasihat saya, kita kena kembali kepada asas kita iaitu agama dan jangan selalu bersendirian, kena berkawan (agar tidak menjadi murung)," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan seorang lelaki maut selepas jatuh dari tingkat tiga di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain