suria

PKP 3.0 ujian buat Eric Floor88, perniagaan medan selera bakal terjejas... sudah fikir ‘Plan B’

Eric bersiap sedia berdepan kemungkinan jika perniagaannya terjejas kerana PKP.

LARANGAN 'dine in' atau makan di kedai sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa di Kuala Lumpur bermula Jumaat dijangka akan memberi kesan kepada pemilik restoran dan kafe.

Salah seorang selebriti yang juga merupakan pengusaha medan selera iaitu Eric Fuzi (Floor88) mengakui larangan makan di kedai itu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan perniagaan mereka.

Eric atau nama sebenar Muhamed Eric Muhamad Fuzi bagaimanapun berkata dia sudah merangka beberapa perancangan bagi memastikan medan selera miliknya itu terus bertahan sepanjang melalui tempoh sukar ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Eric (Floor88) pernah hidap meningitis, syukur umur masih panjang - “Saya buang air atas katil dan muntah hijau”

"Sejujurnya memang ada kesan... Masok Foodcourt merupakan tempat warga kota menikmati pelbagai hidangan sambil lepak-lepak. Kalau tak dibenarkan makan di kedai, memang kuranglah pelanggan dan pendapatan pun terjejas.

"Apabila kerajaan umum PKP di KL, saya bersama rakan-rakan lain cepat-cepat buat meeting dan susun semula perancangan... macam mana kita nak tampung kos operasi dan bayaran pekerja itu semua perlu diambil kira.



Eric (tengah) bersama dua lagi ahli kumpulan Floor88 iaitu Achoi (kiri) dan Falique (kanan) mengusahakan Masok Foodcourt.

"Selain mengusahakan medan selera ini, saya juga meniaga minuman di situ... untuk perkhidmatan delivery, sangat jarang orang buat tempahan air, jadi kita merancang bekerjasama dengan peniaga lain menyediakan set makanan bersama minuman.

"Kiranya saling bantu-membantu antara vendor! Sebelum ini ikutkan perancangan foodcourt akan ditutup pada malam raya sehingga hari raya keempat. Tapi sebab PKP, terpulanglah kepada peniaga nak buka gerai setiap hari pun tak apa untuk menampung pendapatan mereka," katanya kepada mStar.

Kita reda sahaja, setiap manusia kena reda dengan ujian... kami semua terima mungkin ini ujian sebab Allah sayang kita!

ERIC FUZI

PENYANYI

Masok Foodcourt yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu diusahakan oleh Eric bersama dua lagi ahli kumpulan Floor88 iaitu Achoi dan Falique.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam ada itu, Eric berkata dia menerima keputusan kerajaan ini dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi negara kini sedang berdepan penularan wabak Covid-19.

Malah, dia menganggap ini merupakan peluang untuk dia mempelajari mengenai ilmu perniagaan jika berdepan situasi sukar kemudian hari.



Ahli kumpulan Floor88.

"Kita reda sahaja, setiap manusia kena reda dengan ujian... kami semua terima mungkin ini ujian sebab Allah sayang kita. Sebagai teguran untuk kita persiapkan diri dengan pelbagai dugaan.

"Kami pun masih baru! Masok Foodcourt pun baru lagi, semasa PKP 2.0 awal tahun lalu pun kita terpaksa tutup operasi, memang awal-awalnya kita merasai kesakitan itu tapi saya dapat belajar banyak benda baru," ujarnya.

PKP dilaksanakan di Kuala Lumpur bermula Jumaat hingga 20 Mei depan. Sepanjang tempoh ini premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam sahaja.

Bagaimanapun, dine-in di kedai makan adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh dibungkus untuk dibawa pulang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain