suria

Zaman glamor dah berlalu... Shaheizy Sam tak kisah berniaga di bazar jumpa peminat

Shaheizy Sam dah tak hirau dunia glamor.

PERNAH bergelar bintang paling popular di era kegemilangannya, pelakon Shaheizy Sam mengakui dia tidak berasa malu untuk turun padang meniaga di kawasan tumpuan awam seperti di bazar Aidilfitri.

Menurut Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, dia menganggap zaman glamornya sudah lama berlalu dan kini semakin serius dalam bidang perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam tinggal pesanan ‘deep’ untuk pelakon senior... kena jaga adab, - “Jangan ingat dia budak baharu kita nak tunjuk power”

"Fasa glamor untuk saya dah berlalu... bila saya turun padang (meniaga di bazar), ia bukan tentang saya, sebaliknya ia mengenai pembeli dan peminat yang selama ini sentiasa menyokong produk saya.

"Sekarang ini bukan fasal status, kalau saya seorang yang jaga status sudah tentu saya hanya akan turun event yang diadakan di hotel sahaja.

Sam dan Syatilla kini aktif dalam bidang perniagaan.

"Bagi saya, power (popular dan terkenal) macam mana pun, mati nanti jadi tanah juga, orang lain juga yang turun liang tanamkan kita," katanya kepada mStar.

Sam ditemui pada majlis perasmian vendor raya Aidilfitri Gelek Raya 2021 yang diadakan di Aeon Big, Seksyen 23, Shah Alam, baru-baru ini.

Kalau saya seorang yang jaga status sudah tentu saya hanya akan turun event yang diadakan di hotel sahaja.

SHAHEIZY SAM

PELAKON

Pelakon filem blokbuster Polis Evo ini juga berkata dia masih berpegang teguh dengan pendirian untuk mengambil tawaran satu atau dua filem sahaja setahun bagi mengekalkan 'branding' namanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya sekarang memang fokus untuk berlakon satu atau paling banyak pun dua filem sahaja dalam setahun.

"Bukan apa, bila saya terlalu kerap berlakon macam tahun 2013 dulu, dia dah jadi macam tak ikhlas nak berlakon sebab saya buat benda yang sama, skrip yang sama... dia seolah macam tiada cabaran.

"Bila kita buat kerja tak ikhlas, kita buat kerja pun ala kadar sahaja (saya tidak mahu jadi begitu)," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain