suria

Kelakar! Iklan raya pertama Mamat Khalid ‘Raya Tetap Raya’... selami perasaan kanak-kanak tak dapat balik kampung

Raya Tetap Raya masih lagi mengekalkan unsur komedi yang sinonim dengan Mamat Khalid.

SETELAH lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang perfileman, pengarah popular, Mamat Khalid buat pertama kalinya tampil mengarah iklan komersil.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohd Khalid, 58, mencurahkan idea kreatifnya menerusi iklan raya Bank Rakyat berjudul Raya Tetap Raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu banyak idea tentang cerita hantu, Mamat Khalid muncul dengan drama eksklusif 'Kampong Pisang Bersiri-Siri'

"Setelah 20 tahun berkecimpung dalam bidang perfileman, saya rasa peluang yang diberikan oleh Bank Rakyat ini merupakan satu titik permulaan baharu dalam karier saya yang sememangnya dinanti-nantikan selama ini.

"Konsep Raya Tetap Raya yang diberikan Bank Rakyat amat bertepatan dengan jalan cerita yang ingin ditekankan yang mana bulan Syawal merupakan satu kemenangan buat umat Islam selepas sebulan berpuasa dan harus diraikan dengan gembira walau apa pun cabaran yang mendatang.

Mamat teruja mengarahkan iklan Raya Tetap Raya.

"Iklan ini membawa mesej kepada masyarakat bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tidak menghalang kita untuk meraikan tradisi sambutan Syawal seperti kebiasaannya dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi menerusi penggunaan komunikasi secara maya," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata iklan ini begitu istimewa kerana menggambarkan perasaan seorang kanak-kanak perempuan yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung bersama datuk dan nenek.

Saya rasa peluang yang diberikan oleh Bank Rakyat ini merupakan satu titik permulaan baharu dalam karier saya yang sememangnya dinanti-nantikan selama ini.

MAMAT KHALID

PENGARAH

"Keistimewaan iklan Raya Tetap Raya Bank Rakyat ini ialah ia memaparkan bagaimana sambutan Syawal di luar kebiasaannya memberi impak kepada kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang tidak dapat pulang beraya di kampung bersama datuk dan neneknya.

"Selain itu, peminat filem komedi tempatan terutamanya filem arahan Mamat Khalid juga boleh menikmati naskhah baharu beliau menerusi iklan raya yang berdurasi selama tiga minit tersebut yang akan mencuit hati penonton," katanya.

Iklan berdurasi 3 minit itu dibintangi pelakon Sheila Mambo dan Wan Raja.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain