suria

Kutuk kekejaman Zionis, Faizal Tahir, Naim Daniel dan Mizz Nina mohon doa untuk rakyat Palestin - “Perbuatan yang sangat menjijikkan!”

Faizal Tahir antara yang lantang mengutuk serangan Zionis.

BEBERAPA selebriti tempatan meluahkan kekesalan mereka terhadap serangan udara rejim Zionis Israel yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak.

Penyanyi Faizal Tahir, Mizz Nina dan Naim Daniel tampil ke hadapan mengutuk serangan kejam itu yang berlaku di Semenanjung Gaza, Palestin pada malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan di Masjid Al-Aqsa, tentera rejim Zionis Israel bertindak biadab

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan kanak-kanak antara 20 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara tentera Israel

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Faizal, 43, berkata tiada kata-kata yang dapat diluahkannya melihat kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

"Saya hilang kata-kata. Beberapa hari lagi untuk menyambut Aidilfitri... pada ketika umat Islam sedang fokus dalam ibadah Ramadan mereka, kaum Israel memainkan muzik dengan kuat bagi meraikan serangan udara yang telah mengorbankan penduduk Palestin tidak berdosa termasuk kanak-kanak.

Faizal tukar gambar profil Instagram dengan bendera Palestin.

"Perbuatan terkutuk dan sangat menjijikkan!" kata Faizal yang turut menukar gambar profil Instagramnya dengan bendera Palestin bagi menyatakan soliraditi terhadap penduduk negara tersebut.

Selain Faizal, penyanyi dan pelakon Naim Daniel, 24, juga tidak menutup matanya terhadap kekejaman yang berlaku malah turut menukar gambar profilnya kepada bendera Palestin.

Terlalu banyak darah yang tumpah, terlalu banyak air mata yang mengalir... sama-sama kita satukan ummah agar derita ini berakhir.

NAIM DANIEL

PENYANYI, PELAKON

Memuat naik beberapa keping gambar memaparkan kemusnahan serta kesedihan mangsa, Naim juga sekeras-kerasnya mengutuk serangan itu menerusi beberapa bait ayat yang dikarangnya bagi menggambarkan kekejaman tentera Zionis.

"Wahai tentera haram, bersenanglah kalian di atas air mata ibu dan anak ini. Menarilah kalian di atas mayat yang memeluk bayi.

Naim turut bersimpati dengan nasib penduduk Palestin.

"Menang kalian ini menang yang sebangsatnya dan hanya di dunia sahaja.

"Terlalu banyak darah yang tumpah, terlalu banyak air mata yang mengalir... sama-sama kita satukan ummah agar derita ini berakhir," luahnya.

Posting Instagram Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 41, juga turut dipenuhi dengan pelbagai entri gambar dan video menggambarkan suasana ketegangan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Panjatkan doa kita untuk saudara seagama di Palestin. Semoga Allah melindungi mereka daripada kekejaman rejim zionis, amin," katanya.

Seperti dilapor media, keganasan meningkat selepas polis Israel bertempur dengan jemaah Palestin di pekarangan masjid Al-Aqsa yang mencederakan ratusan orang pada Sabtu lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain