KEPUTUSAN kerajaan menamatkan operasi bazar Aidilfitri seluruh negara selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak Isnin lalu sedikit sebanyak menjejaskan punca pendapatan peniaga. Simpati dengan nasib yang menimpa peniaga itu, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida turun padang membeli barangan jualan mereka sebagai tanda sokongan. "Harini saya nak ronda bazar Aidilfitri sebelum PKP bermula... saya turun untuk sokong peniaga bazar raya yang terpaksa ditutup sebab PKP 3.0. Kasihan mereka! ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Vida tumpang sekaki ‘sound’ juri SFMM35, anggap juri 'old school' tak pandai pilih lagu masuk AJL35 - “Sebagai mantan penaja saya nak tahu benchmark pemilihan” "Saya beli persiapan sederhana untuk raya nanti... banyak barang yang tak terjual jadi saya tolong beli tetapi mereka tetap bersemangat, masih buka walaupun last minute. "Kasihan para peniaga kecil terjejas, musim-musim raya inilah yang mereka harapkan untuk dapat untung serba sikit. Apakan daya arahan perlu ikut," katanya menerusi Instagram. Sikit je lagi hari kita nak beraya, tingkatkan amalan dihujung Ramadan, semoga kita beraya dalam keadaan meriah meskipun sedang PKP! DATUK SERI VIDA USAHAWAN KOSMETIK Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman video membeli beberapa barangan jualan di sebuah bazar Aidilfitri di Ipoh, Perak pada Selasa. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Vida dilihat memborong barangan dan kelengkapan raya antaranya kuih dan biskut raya, baju raya dan karpet. Tindakan Vida berbelanja dan membantu peniaga kecil yang terjejas kerana pelaksanaan PKP itu menerima pujian daripada pengikutnya. Vida berbelanja untuk hari raya di Bazar Aidilfitri. Dalam pada itu, Vida meminta para peniaga supaya bersabar dengan ujian ini dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. "PKP berulang kali pun tak apa, ada hikmahnya! Sikit je lagi hari kita nak beraya, tingkatkan amalan di hujung Ramadan, semoga kita beraya dalam keadaan meriah meskipun sedang PKP. "Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Memberi tak menjadikan kita kaya malah tidak pula miskin, memberi menjadikan rezeki kita diberkati. Yang banyak tak luak, yang sedikit tak habis," ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!