suria

Peluk cium anak bujang, Zarina Zainuddin ditegur supaya jaga batas - “Anak saya tak ada nafsu yang begitu”

Zarina sering berkongsi momen mengendalikan dua anaknya yang menghidap autisme.

TINDAKAN pelakon Zarina Zainuddin berkongsi momen indah mengendalikan anak sulungnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil di laman Instagram mengundang teguran seorang netizen.

Individu berkenaan menegur tindakan Zarina memeluk Azil dan mengingatkan mengenai batas pergaulan antara ibu dan anak bujang.

"Jangan peluk-peluk sangat dengan anak bujang tu, dia pun ada nafsu juga!" tulis seorang pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin tadah air sendiri padam kebakaran belakang rumah - “Nak panggil bomba takut tak sempat makin merebak”

Terkesan dengan teguran yang ditinggalkan individu tersebut, Zarina segera membalas komen wanita berkenaan.

"Apa la anak sendiri difikir begitu. Apalah pemikiran awak, anak saya tak ada nafsu yang begitu... dia cuma ingin belaian kasih sayang dari seorang ibu," jawab Zarina.

Zarina jawab komen yang ditinggalkan seorang pengikut di Instagram.

Sebelum itu, Zarina memuat naik rakaman video memeluk dan mencium Azil yang kelihatan berada dalam keadaan tenang.

"Hari ini memang di rumah sahaja Azil pagi tadi dah ke kedai beli surat khabar... harini tak ada bagi ubat apa-apa kat Azil, ubat kasih sayang sahaja," tulis Zarina pada ruangan kapsyen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata peminat menyokong tindakan Zarina membelai dan memelihara Azil dengan kasih sayang, lebih-lebih lagi anak lelakinya itu mempunyai kekurangan diri.

Azil (kiri) bersama kembarnya, Azal (kanan).

"Anak-anak istimewa ni adalah anak-anak syurga... memang perlu sentiasa di peluk dan dibelai agar dia rasa sentiasa disayangi.

"Azil ni anak istimewa, dia dah macam anak kecil yang perlukan belaian kasih seorang ibu... dia seolah-olah didunia sendiri dan tak macam manusia normal lain.

"Agaknya orang yang komen tu tak pernah beri kasih sayang dekat anak ke sampai tergamak cakap macam tu? Azil dan Azal anak syurga, jangan cakap sebarang kalau tak faham!" komen pengikut.

Azil yang kini berusia 25 tahun memiliki seorang lagi kembar lelaki bernama Azal yang juga merupakan seorang penghidap autisme.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain