suria

Digelar ‘pembaris’ tak tahu gurau, Naim Daniel kesal angka kematian jadi bahan jenaka - “10,000 tu bukan anak ayam ya tapi nyawa orang!”

Naim Daniel kecewa kes harian Covid-19 dijadikan bahan gurauan oleh netizen.

PENYANYI dan pelakon Naim Daniel meluahkan kekesalannya di atas tindakan sesetengah netizen yang menjadikan kes harian Covid-19 sebagai bahan jenaka sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Menurut Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, hal melibatkan nyawa tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan lawak untuk 'diperdagangkan' oleh netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel ‘penat’ tengok kes Covid-19 meningkat - “Apabila ketidakadilan berlaku... kita tak sepatutnya senyap!”

"Semalam (Sabtu) saya tengok hashtag #roadto10K menjadi trending... saya faham netizen cuba untuk jadi sarkastik tapi tolonglah sedar yang kamu cakapkan itu melibatkan nyawa orang.

"Nyawa 10,000 tu bukan anak ayam ya, tapi nyawa orang... dalam 10,000 itu, ada ibu, bapa, adik-beradik dan rakan-rakan seseorang.

"Bagi saya kalau nak jadi sarkastik itu boleh... tapi tolonglah jangan sesekali berjenaka atas nyawa orang lain," katanya ketika dihubungi mStar.

Naim muat naik video di laman Instagramnya.

Terdahulu, Naim memuat naik sebuah video di Instagramnya sebagai respon terhadap tanda pagar #roadto10K, dipercayai merujuk kepada jumlah harian kes Covid-19 yang trending di laman Twitter pada Sabtu.

Mengakui ada juga individu yang menyifatkan dirinya sebagai 'pembaris' atau terlalu lurus kerana tidak boleh menerima gurauan orang, Naim menjelaskan dalam bergurau kita perlu meletakkan sensitiviti di tingkat teratas sebelum menulis apa-apa perkongsian di media sosial.

"Saya tahu ada juga orang mocking saya kata macam saya tak pernah bahan orang atau menteri di media sosial.

Nyawa 10,000 tu bukan anak ayam ya, tapi nyawa orang... dalam 10,000 itu, ada ibu, bapa, adik-beradik dan rakan-rakan seseorang.

NAIM DANIEL

PENYANYI, PELAKON

"Memang saya buat begitu juga, tapi tak pernah langsung melibatkan isu-isu sensitif seperti kematian untuk dijadikan sebagai bahan lawak.

"Bagi saya senang, kalau tiada benda baik yang nak dikatakan lebih baik kita berdiam sahaja," katanya lagi.

Penyanyi lagu Sembah ini juga turut disindir netizen yang mengatakan dia seharusnnya menasihatikan rakan artis Iman Troye yang terlebih dahulu membuat 'sindiran' sebegitu pada minggu lalu.

Namun, Naim berkata dia sendiri sudah pun menasihatkan Iman di atas perbuatannya itu dan tidak perlu untuk dia menghebah-hebahkan perkara itu kepada umum.

Naim tidak akan bergurau melibatkan nyawa orang.

"Ada netizen kecam saya kata kenapa saya tidak nasihatkan adik saya, Iman yang pernah keluarkan kata-kata macam itu juga.

"Kalau nak tahu, hari benda itu kecoh lagi saya sendiri dah call Iman dan nasihatkan dia mengenai perkara itu. Takkan semua benda saya perlu beritahu pada orang," ujarnya lagi.

Naim berharap dengan pelaksanaan total lockdown yang bakal dilaksanakan bermula 1 hingga 14 Jun ini dapat melandaikan jumlah kes harian Covid-19 selain meminta setiap rakyat Malaysia untuk sentiasa patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Buat masa sekarang, kita jangan salahkan sesiapa... sekarang kita sendiri kena bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

"Saya faham bukan semua orang yang boleh kerja dari rumah, jadi kalau dapat surat kebenaran kerja itu kita jangan salah gunakan.

"Kalau kita sentiasa jaga SOP dengan baik dan semua rakyat bersatu padu, insyaAllah negara kita dapat landaikan kes Covid-19," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain