suria

Janna Nick dah empat kali tukar ubat rawat penyakit bipolar - “Sebagai pelakon saya perlukan emosi... apabila ambil ubat saya jadi rilek”

Janna Nick menghidap penyakit bipolar.

SELEPAS mendedahkan mengalami penyakit bipolar, pelakon Janna Nick memberitahu hingga kini dia belum menemui ubat yang sesuai bagi merawat gangguan mentalnya itu.

Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, sejak didiagnos mengalami penyakit itu dia sudah empat kali menukar ubat bagi mencari yang terbaik untuk dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya Janna Nick penghidap bipolar, akui pernah cuba bunuh diri - “Saya tak punya keluarga yang sempurna...”

Tambah Janna, terdapat ubat yang diambil tidak sesuai dengan kerjanya sebagai pelakon.

"Sekarang saya dalam fasa mencari ubat yang sesuai, setakat ini saya dah empat kali tukar ubat.

"Satu masalahnya sebab kerja saya memerlukan emosi. Sebagai pelakon saya perlukan emosi yang sangat maksimum bila berlakon... kalau kena babak sedih, kena betul-betul sedih.

Janna berkongsikan kisahnya di sesi FB Live bersama Miasa Malaysia.

"Bila ambil ubat, dia akan buatkan kita jadi relak... disebabkan itu saya masih mencari ubat yang sesuai dengan kerja saya," katanya.

Janna berkongsikan perkara itu menerusi sesi Facebook Live Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa Malaysia) yang berlangsung pada Sabtu.

Turut serta dalam sesi tersebut ialah Presiden Miasa, Anita Abu Bakar serta dua selebriti, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Karl Shafek.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berkongsikan pengalamannya, Janna berkata dia kini masih lagi berjuang untuk diri sendiri bagi melawan penyakit bipolar yang baharu sahaja didiagnosis baru-baru ini.

"Saya masih berjuang untuk diri sendiri... saya akui apabila ambil ubat ia sangat membantu.

Sekarang saya dalam fasa mencari ubat yang sesuai, setakat ini saya dah empat kali tukar ubat.

JANNA NICK

PELAKON

"Cuma apabila keluar bekerja saya tak boleh makan ubat walaupun saya sebenarnya sangat perlukan ubat... saya boleh rasa perbezaan kalau makan ubat.

"Sampai sekarang saya macam tak percaya yang saya ada bipolar," katanya.

Janna akui dia turut berhadapan dengan 'kesukaran' sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 apabila tidak dapat bekerja seperti biasa.

"Penyakit saya ini ia lebih membantu kalau saya keluar pergi bekerja sebabnya badan dan minda saya dah terbiasa bekerja sejak dari umur 16 tahun lagi.

"Kalau sebelum ini, saya rasa tak seteruk macam tahun ini (yang saya alami) sebab bila rasa penat kerja, saya boleh pergi bercuti ke luar negara sebagai terapi.

Janna sering menjadikan percutian di luar negara sebagai salah satu terapi bagi dirinya.

"Sekarang dah dua tahun kita tak boleh travel... Apa yang saya buat sekarang kalau ada suara-suara kecil bermain di kepala, saya akan cuba salurkan benda itu dengan terus buat skrip," ujarnya lagi.

Pelakon drama siri Marry Me, Senorita itu turut menasihatkan mana-mana individu di luar sana agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai masalah sama seperti dirinya.

"Penyakit mental ni dia akan semakin teruk kalau kita tak dapatkan rawatan... hanya dengan makan ubat baharu kita dapat rasa perbezaan (jadi lebih tenang).

"Persekitaran yang toksik pun akan buat orang rasa tertekan.

"Saya sangat bersimpati dengan orang yang tidak berkemampuan untuk dapatkan khidmat pakar psikatri... macam sesetengah orang yang duit mereka boleh pergi jumpa psikatri dan dapatkan ubat," luahnya.

Menerusi laporan mStar pada April lalu, Janna mendedahkan dia menghidap penyakit bipolar dan terpaksa berehat daripada media sosial.

Penyakit bipolar iaitu antara masalah mental yang mempunyai karakter emosi sentiasa berubah-ubah di antara kemurungan dan mania.

Dalam kata lain, ia turut dikenali sebagai gangguan kemurungan-mania.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain