PENYANYI Wani Kayrie bersyukur pendapatannya tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana masih lagi boleh keluar bekerja. Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 21, yang kini aktif mengacarakan program terbitan Didik TV memberitahu dia sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie pertahan hak guru DidikTV - “Saya kurang setuju netizen cadang tempat cikgu digantikan dengan pelakon” "Alhamdulillah pendapatan saya tidak terjejas... saya masih lagi hosting untuk Didik TV terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu program Road To Success SPM 2021. "Selain itu, saya juga ada saluran YouTube sendiri serta ada kempen media sosial yang saya terlibat. Selain menyanyi, Wani turut berkebolehan dalam bidang pengacaraan. "Sekali-sekala kalau ada mood saya akan ambil tempahan untuk baking kek, itu pun bukan selalulah ikut kelapangan saya," katanya kepada mStar. Penyanyi lagu Jangan Jangan ini turut berkongsi cerita, di set penggambaran program tersebut hanya pengacara, tetamu, jurukamera dan jurumekap artis sahaja dibenarkan berada di set. Alhamdulillah pendapatan saya tidak terjejas... masih lagi hosting untuk Didik TV terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu program Road To Success SPM 2021. WANI KAYRIE PENYANYI, PENGACARA "Di set memang bilangan orang sangat sedikit dan kami memang sangat menjaga SOP. "Semua pakai double mask dan sarung tangan... kami juga memang akan buat swab test sebelum setiap kali masuk ke set. "Kita memang kena sentiasa berjaga-jaga dan saya memang akan terus mandi sebaik sampai di rumah," katanya lagi. Wani akan terimas suntikan vaksin pada Ahad ini. Bakal menerima suntikan vaksin dos pertama pada Ahad ini, Wani turut menyarankan semua peminatnya agar sama-sama menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan mengambil vaksin bagi memulihkan keadaan negara daripada penularan pandemik Covid-19. "Saya akan terima suntikan vaksin Ahad ini dan saya sarankan semua rakyat Malaysia untuk ambil vaksin. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Ia untuk lindungi diri kita, keluarga dan orang di sekeliling kita... tidak semestinya kita muda, kita sihat. "Jadi buat mana-mana pihak yang dah dapat peluang untuk diberi suntikan vaksin, jangan sia-siakannya!" ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!