suria

Masih belum ada kekasih... ini ciri-ciri wanita idaman Ben Amir, yang penting boleh ketepikan ego!

Ben Amir kongsi ciri-ciri wanita idaman.

MENCECAH usia 30-an, pelakon Ben Amir memberitahu dia masih belum menjumpai wanita yang memiliki ciri-ciri idaman dan sesuai dijadikan kekasih.

Mendedahkan secara terperinci ciri-ciri itu, pemilik nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin, 31, berkata, dia mencari wanita yang boleh mengenepikan ego untuk hidup bersama dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarang kongsi aktiviti di media sosial, strategi Ben Amir nak nampak mahal!

“Saya nak cari perempuan yang boleh ketepikan ego, ketepikan pandangan sendiri atau yang boleh membuatkan saya mendengar nasihatnya, mungkin dialah wanita yang tepat itu.

“Tapi setakat ni saya tak jumpa siapa-siapa lagi, belum lagi, ” katanya kepada mStar.



Ben berserah kepada takdir berhubung perihal jodoh.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang sama ada dia memilih wanita dalam kalangan selebriti atau orang biasa, Ben hanya menyerahkan perkara itu kepada takdir.

“Tak tahulah, tak terfikir pula. Senang cerita serahkan kepada takdir yang menentukan jodoh, ” katanya pada sidang media bagi mempromosikan drama Diva Popular baru-baru ini.

Saya dengan Daiyan cuma berkawan sahaja. Tak ada apa pun.

BEN AMIR

PELAKON

Pada November lalu, Ben digosipkan bercinta dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha apabila tersebar foto mereka sedang menikmati sarapan pagi bersama-sama di sebuah restoran.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, penyandang trofi Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Ke-33 ini kali menafikan perkara berkenaan.



Ben Amir penyandang trofi Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Ke-33

Menjelaskan hal itu, Ben sekali lagi menegaskan mereka bukanlah pasangan kekasih seperti diperkatakan ramai.

“Tak adalah, saya dengan Daiyan cuma berkawan sahaja. Tak ada apa pun," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain