suria

Ummi Nazeera selamat lahir anak kedua, alami demam panas ketika di bilik bersalin

Rumah tangga Ummi dan suami diserikan dengan seorang lagi puteri.

PELAKON Ummi Nazeera selamat bersalin anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor pada Rabu lalu.

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 31, memaklumkan bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara normal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Frontliners pun ramai Malaysian kutuk... peliklah” - Ummi Nazeera minta hati-hati tulis komen, hargai pengorbanan petugas barisan hadapan

Ummi turut bersyukur dia dan bayi berada dalam keadaan baik biarpun mengalami demam panas ketika proses bersalin.

"Alhamdulillah saya dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun lalu. Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.2kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat.

Perkongsian Ummi di Instagram.

"Walaupun saya demam panas sekejap dengan suhu 38.3 celsius semasa dalam bilik bersalin... syukur sangat semuanya selamat.

"Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doa-doakan ya, ” katanya.

Alhamdulillah saya dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun lalu.

UMMI NAZEERA

PELAKON

Ummi bagaimanapun belum berkongsikan nama anaknya namun meletakkan tanda pagar #babyAA.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah yang kini berusia tiga tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain