suria

Siti Nordiana lega dah suntik vaksin, akui pernah takut kerana berita palsu - “Nak puas hati tanya doktor... jangan dengar cerita orang”

Nana mengambil suntikan vaksin di PPV, UM.

SELEPAS empat hari menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca, penyanyi Siti Nordiana berkongsi keadaannya yang tidak mengalami sebarang simptom yang teruk.

Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa sebagai Nana, dia yang mengambil suntikan itu di Pusat Pemberian Vaksin (​PPV) AstraZeneca di Universiti Malaya (UM) itu hanya mengalami sakit badan dan pening kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan terjejas 60 peratus akibat PKP, Siti Nordiana akui wang simpanan banyak membantu - “Alhamdulillah lepas bayar komitmen bulanan”

Tambah penyanyi berusia 37 tahun ini, dia ada mengambil ubat panadol namun pengambilan itu hanya ketika dirinya berada dalam keadaan sakit.



Nana berkongsi video ketika dia mengambil suntikan vaksin pada Selasa lalu.

"Saya tidak mengalami simptom yang teruk tapi biasa la, ada rasa pening, sengal-sengal badan, otot dan tempat yang dicucuk itu ada rasa sakit juga.

"Badan pun lemau, penat dan rasa nak mengantuk... simptom yang normal kalau terima suntikan. Malam selepas ambil vaksin, ada rasa nak demam tapi tak demam pun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Hari ini, hari keempat dah rasa ok, hanya tinggal bisa sikit. Panadol saya ada makan tapi waktu sakit saja la. Waktu tak sakit, tak ada la saya makan. Ikut badan masing-masing," katanya kepada mStar.

Alhamdulillah, saya pun pergi bila dah dapat peluang sebab ramai nak vaksin ini.

SITI NORDIANA

PENYANYI

Sebelum ini, Nana turut berkongsi video dia ketika mengambil suntikan pertama vaksin AstraZeneca dan keadaan dirinya selepas empat hari di laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada penyanyi lagu Angkara itu atas perkongsian tersebut yang membuatkan mereka hilang rasa gementar.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Cokelat Semanis Honey ini mengakui dia juga pernah berasa bimbang selepas membaca berita tidak baik mengenai suntikan vaksin tersebut.

Nana bagaimanapun menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan berita tidak sahih dan lakukan pemeriksaan dengan doktor sekiranya ingin mendapatkan lebih keyakinan.



Nana bersyukur dapat peluang untuk ambil vaksin.

"Sebenarnya saya pun sebelum ini takut juga nak ambil vaksin sebab dengar cerita yang bukan-bukan.Tapi kepada mereka yang takut, jangan dengar cakap orang terutama berita atau cerita tidak sahih.

"Nak lagi puas hati, tanya dan lakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor terlebih dahulu. Kita pun tahu kondisi diri macam mana. Alhamdulillah, saya pun pergi bila dah dapat peluang sebab ramai nak vaksin ini.

"Bila dapat peluang, jangan sia-siakan. Bapa saya pun dah vaksin manakala ibu saya pun akan ambil esok. Semua keluarga saya, Alhamdulillah dapat vaksin.

"Jadi, janganlah rasa takut... niat kerana Allah kerana kita buat ini untuk kebaikan diri, keluarga dan orang sekeliling serta negara," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain