suria

Hadiah ‘birthday’ Yusry yang ke-48 cukup bermakna, Lisa Surihani selamat bersalin anak lelaki

Yusry dan Lisa timang cahaya mata ketiga.

ULANG tahun kelahiran yang ke-48 Datuk Yusry Abdul Halim cukup bermakna apabila isteri kepada pelakon dan pengarah tersebut iaitu Datin Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi, Selasa.

Pengarah berusia 48 tahun itu meluahkan rasa syukur atas hadiah hari lahir istimewa itu dan turut memberitahu isteri dan bayi lelaki mereka kini dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Surihani hamil lagi, Yusry akhirnya buka mulut bakal timang anak ketiga - “Tentunya kami amat bersyukur kepada Allah”

"Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi. Baby dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.



Yusry kongsi berita gembira di IG.

"What a birthday present. Welcome to the world Junior!" tulis Yusry.

Ahli kumpulan KRU itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan Yusry sekeluarga dipermudahkan.

Baby dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

YUSRY ABDUL HALIM

PELAKON

"Alhamdulillah tahniah kak @lisasurihani dan abang @yusryabdhalim... semoga anakanda kalian menjadi anak yang soleh dan salah satu asbab kalian ke syurga. Amin. Selamat berpantang kak Lisa.

"Sama tarikh dengan hari lahir anda. Syukur Alhamdulillah... tahniah untuk anda berdua ya.

"Alhamdulillah... wah tahun hadapan bolehlah sambut hari lahir dengan daddy dia sekali ya. Tahniah Lisa dan Yusry," komen beberapa netizen.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelahiran anak ketiga pasangan itu gagal apabila Yusry belum membalas mesej.



Yusry dan Lisa mempunyai dua orang anak.

Pada Februari lalu, Yusry mengumumkan isterinya yang juga seorang pelakon sedang hamil cahaya mata ketiga selepas menerima banyak pertanyaan netizen dan rakan media.

Bagaimanapun Yusry menjelaskan dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira tersebut kerana beranggapan kehamilan ketiga itu tetap akan diketahui ramai tanpa perlu pengumuman.

Pelakon filem Ular itu mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain