suria

Semakin seronok berlakon, Kaka Azraff masuk kelas Nabila Huda untuk persiapan - “Saya ambil tawaran yang rasa boleh buat”

Kaka seronok dapat berpeluang tunjuk bakat dalam lakonan.

SUDAH lama meminati Nabila Huda, penyanyi Kaka Azraff berasa teruja apabila berpeluang untuk menyertai kelas lakonan aktres tersebut secara maya pada 7 Jun lalu.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, dia menganggap Nabila Huda yang mesra disapa Abil sebagai seorang pelakon yang berjaya selain selebriti yang disegani.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya jadi Sharifah Rose... dapat masuk kelas ‘free’ - “Abil memang akan pilih siapa yang akan join”

Dilihat semakin aktif dalam lakonan, penyanyi berusia 32 tahun ini mahu mempersiapkan diri untuk menjadi lebih baik dengan memperlajari bidang tersebut.



Antara selebriti yang sertai kelas lakonan Nabila Huda secara maya.

"Bila Abil kongsi nak buka kelas, saya terus rasa nak join. Walaupun waktu itu, saya tak tahu apa yang Abil akan ajar tapi mesti Abil akan kongsi pengalaman yang dia pernah lalui... itu yang saya nak tahu.

"Saya memang minat dengan Nabila Huda sebab dia seorang pelakon yang berjaya selain seorang selebriti yang saya hormati. Walaupun nampak dia macam tenang, tapi dia seorang yang sangat fokus dan displin dalam kerja.

"Sepanjang hampir tiga jam dalam kelas Abil, macam-macam yang saya dapat belajar. Saya pun dah mula ceburi bidang lakonan, sebab itu saya perlu persiapkan diri menjadi lebih baik," katanya kepada mStar.

Jadi, saya kena letakkan usaha dan displin dalam lakonan yang sama seperti menyanyi.

KAKA AZRAFF

PENYANYI & PELAKON

Selain Kaka, pelakon baharu seperti Sharifah Rose, Siti Khadijah dan Aishah Azman turut menyertai kelas lakonan secara maya bersama Nabila Huda tanpa bayaran.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, lakonan Kaka bersama pelakon Aedy Ashraf menerusi telefillem Pemuja Kubur yang ditayangkan 5 Jun lalu di Astro Citra menerima pujian daripada penonton.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gila ini memberitahu dia mahu meletakkan usaha dan menjaga displin dalam lakonan seperti mana yang dilakukan ketika menyanyi.

Kaka turut berkata dia akan memilih watak mengikut kemampuannya dan tidak mahu menerima tawaran yang akan menyusahkan ramai pihak.



Lakonan Kaka bersama Aedy menerima pujian.

"Kalau sebelum ini, saya hanya seorang penyanyi yang berlakon sekali sekala saja. Tapi saya tak boleh fikir macam itu sebab saya dah mula seronok berlakon. Jadi, saya kena letakkan usaha dan displin dalam lakonan yang sama seperti menyanyi.

"Sebab itu, kalau dapat mana-mana tawaran saya akan baca dahulu... kalau saya rasa tak boleh nak buat, saya akan tolak. Sebab bila berlakon ini melibatkan banyak pihak termasuk produksi dan duit.

"Jadi, saya tak nak main tangkap muat dan lepas itu tak dapat nak jayakan watak tersebut. Dah menyusahkan ramai pihak pula. Lebih baik, saya pilih watak ikut kemampuan saya sendiri," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain