MENCECAH usia 23 tahun pada Rabu, penyanyi Haqiem Rusli mengharapkan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan peribadi dan kerjaya seninya. Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli berkata, dia juga mempunyai impian untuk sukses dalam bidang perniagaan. "Usia bertambah ni, banyak saya harapkan samada dalam kehidupan bersama keluarga, kehidupan peribadi dan kerjaya penyanyi selain bisnes berkembang. ARTIKEL BERKAITAN: Fuh! Haqiem Rusli dah ‘ready’ nak jadi suami orang, mula kejar bahagia - “Dia ikhlas sayangkan saya” "Saya nak jadi lebih baik dari yang sebelumnya, menjadi lebih matang dan insan yang lebih baik," katanya kepada mStar. Terdahulu, nama Haqiem Rusli menjadi trending di laman Twitter selepas peminat memberi ucapan ulang tahun dan mendoakan yang terbaik buat penyanyi kesayangan mereka. Ucapan daripada peminat Haqiem Rusli di laman Twitter miliknya. Penyanyi lagu Mimpi ini turut meluahkan rasa terharu dengan tindakan peminat-peminatnya yang tidak pernah berhenti menyokong apa juga keputusannya sepanjang bergelar anak seni. Kata Haqiem, kelab peminat yang dikenali sebagai Qiemilio banyak berjasa mengukuhkan namanya dalam industri. "Alhamdulillah, ramai yang wish kat Twitter dan dekat Instagram, saya juga banyak dapat hadiah daripada peminat. Saya nak jadi lebih baik dari yang sebelumnya, menjadi lebih matang dan insan yang lebih baik. HAQIEM RUSLI PENYANYI "Saya sangat gembira dan terharu sebab mereka terus memberi sokongan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Daripada dulu sampai sekarang mereka ada dengan saya. Mereka ni peminat yang terkuat dekat Malaysia," ujarnya. Pada 30 Mei lalu, Haqiem Rusli berkongsi berita gembira bakal menamatkan zaman bujangnya dan mereka sudah membuat persiapan sebanyak 40 peratus. Katanya, dia masih lagi berbincang mencari tarikh yang sesuai untuk majlis berkenaan Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!