suria

Uyaina Arshad terpaksa pakai baju berlapis-lapis, 18 pasang sarung tangan untuk jadi wanita aneh - “Bergaya seperti itu di luar, mungkin tidak!”

Uyaina hanya tampil dengan fesyen tersebut dalam drama terbaharunya sahaja.

SELAIN menampilkan jalan cerita yang berbeza, gaya fesyen pelakon Uyaina Arshad menerusi drama Love Elsa yang baharu sahaja mula tayangan pada Selasa turut menarik perhatian penonton.

Biarpun gaya tudung dan pakaiannya kelihatan pelik, namun Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad memberitahu ia direka sesuai dengan watak Ammara yang dianggap seperti seorang wanita aneh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cuit sikit pun rakyat dah menggelupur!” - Uyaina Arshad pertahan nukilan ‘pedas’ tegur masyarakat langgar SOP

Menganggap gaya tersebut berbeza dengan penampilannya dalam drama sebelum ini, pelakon berusia 28 tahun ini tidak kisah sekiranya fesyen tersebut menerima kritikan.



Uyaina memakai 18 pasang sarung tangan untuk drama tersebut.

"Bagi saya, gaya pemakaian dalam drama itu sesuatu yang fresh dan berbeza dengan watak-watak saya sebelum ini. Selama saya berlakon, tak pernah pakai macam itu.

"Gaya itu direka oleh penata gaya untuk drama itu... sesuai dengan watak Ammara yang dilihat seperti perempuan pelik atau aneh. Sebab Ammara ini seorang perempuan lain daripada yang lain.

"Sebab itu, pemakaiannya pun dilihat berbeza... Ada penonton yang dapat terima fesyen itu dan melihat ia sesuatu yang baharu tapi mungkin ada yang nampak pelik.

Ada penonton yang dapat terima fesyen itu dan melihat ia sesuatu yang baharu.

UYAINA ARSHAD

PELAKON

"Bagi saya, terpulang kepada pandangan masing-masing. Tapi watak Ammara ini sememangnya mengundang pelbagai reaksi penonton terutama dari segi pemakaiannya," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Uyaina berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama para media mengenai drama terbaharu lakonannya itu secara maya pada Rabu.

Selain Uyaina, drama arahan pengarah Michael Ang itu juga dibintangi oleh Zul Ariffin, Riz Amin, Ramona Zam Zam, Mona Ellen dan Iman Suhana yang ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria.



Uyaina pertama kali bergandingan dengan Zul Ariffin.

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini juga mengakui dia sendiri tidak akan menggayakan fesyen tersebut yang dilihat tidak bersesuaian untuk pakaian harian.

"Untuk saya bergaya seperti itu di luar, mungkin tidak. Sebab gaya itu tidak bersesuaian untuk dijadikan sebagai daily look. Tapi kalau nak pergi acara hiburan atau fesyen, sesuai la untuk digayakan.

"Untuk pakaian Ammara tu sebenarnya saya pakai banyak lapisan. Malah, sarung tangan sahaja untuk drama itu ada 17 hingga 18 pasang.

"Bila dah habis shooting, memang bersyukur dah tak payah lagi pakai baju banyak lapisan. Tapi sejujurnya, bukan sahaja karekter dan jalan cerita yang akan ingat tetapi pakaian juga," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain