suria

Ibu mentua Shima Anuar koma 2 minggu, rebah selepas solat Subuh

Ibu mentua Shima masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

PELAKON Shima Anuar bersyukur kesihatan ibu mentuanya, Saadiah Ishak, 77, bertambah baik selepas dua minggu berada dalam keadaan koma akibat diserang penyakit jantung.

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, sehingga kini ibu mentuanya perlu memakai alat bantuan pernafasan dan sudah mula memberikan respons ketika nama dipanggil.

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar menggigil kerana terlalu panik selepas disahkan positif Covid-19 - “Saya susah nak bernafas walaupun tiada asma”

"Alhamdulillah, keadaan mak dan semakin baik sikit... mak memang ada penyakit jantung dan dia terjatuh lepas solat Subuh tiga minggu lalu.

"Dua minggu dia berada dalam keadaan koma dan dipakaikan alat bantuan pernafasan tapi saya kagum dengan semangat ibu yang kuat.

Shima bimbang kesihatan ibu mentuanya yang kini masih lagi dirawat di hospital.

"Lepas tiga minggu baru dia betul-betul beri respons bila orang panggil, walaupun begitu dia masih still on bed, tak boleh bangun lagi," katanya kepada mStar pada Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Shima, suaminya Mohd Solih Toha kini bertanggungjawab menjaga dan menemani ibunya sepanjang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Damansara

Dua minggu dia berada dalam keadaan koma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

SHIMA ANUAR

PELAKON

"Suami saya yang menjaga mak di hospital juga perlu melakukan ujian calitan Covid-19 dan Alhamdulillah keputusan dia negatif.

"Tak boleh ramai-ramai datang ke hospital sebab sekarang semua prosedur dah makin ketat sejak penularan wabak Covid-19," ujarnya lagi.

Untuk rekod, pelakon filem Highland Tower ini pernah disahkan positif Covid-19 pada Januari lalu, walau bagaimanapun dia telah kembali pulih beberapa hari selepas itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain