suria

Zul Ariffin bimbang terlebih ramah dengan heroin baharu, jadi bahan gosip - “Takut orang fikir bukan-bukan, kesian dekat mereka”

Zul tampil dengan drama terbaharu berjudul Love Elsa.

SERING digosipkan bercinta dengan pelakon gandingannya dalam drama, Zul Ariffin berkata, ia adalah lumrah yang tidak boleh dielakkan sebagai seorang selebriti.

Bagaimanapun Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 35, berkata, ada kalanya dia berasa bimbang untuk bersikap ramah dengan aktres gandingannya berikutan enggan dijadikan bahan gosip.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tak tahu Intan Najuwa putus tunang, tiada sebab jadi orang ketiga - “Saya tak kisah pun ini bukan pertama kali dikaitkan”

"Bagi saya, gosip ini sesuatu yang nak diperkatakan. Tapi ada saja gandingan saya dengan pelakon wanita seperti Mira Filzah yang tidak digosipkan. Benda ini sudah lama ada dalam industri.

Zul pertama kali bergandingan dengan Uyaina Arshad dalam drama Love Elsa.

"Jadi, sebelum saya masuk industri ini... saya sudah bersedia dengan perkara itu. Tapi ada kala saya jadi takut nak jadi ramah sangat... sebab takut orang fikir bukan-bukan dan kita pula jadi tak selesa.

"Terutama orang yang baharu dalam industri tiba-tiba terpalit gosip dengan kita... kesian dekat mereka. Macam saya, sudah lama dalam industri dan saya sudah biasa," ujarnya.

Zul ditemui pada sesi temu bual mengenai drama Love Elsa bersama media secara maya pada Rabu.

Drama Love Elsa yang turut dibintangi oleh Uyaina Arshad itu disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat di slot MegaDrama di Astro Ria.

Sementara itu, bercakap tentang trend Instafamous atau Influencer yang semakin mendapat tempat di televisyen, Zul berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya digandingkan dengan selebriti media sosial itu.

Bagi saya, semua orang bermula dari bawah.

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Sentiasa mahu memberikan yang terbaik, Zul menganggap pendatang baharu juga perlu diberikan peluang memandangkan semua orang bermula dari bawah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tak ada masalah... sebab kalau anda perasan majoriti Influencer atau Instafamous yang ceburi bidang lakonan adalah perempuan. Saya tak pernah nak judge mereka walaupun baru masuk set buat pertama kali.

Zul sudah lali dengan gosip cinta di lokasi.

"Sebagai pasangan gandingan, saya sentiasa nak berikan pengalaman yang terbaik untuk pasangan saya dalam sebuah karya. Bagi saya, semua orang bermula dari bawah.

"Tiada seorang pelakon pun dalam dunia ini yang berlakon kali pertama boleh terus jadi bagus. Bagi saya, seronok dapat bergandingan dengan orang baharu," kata Zul.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain