suria

Nabila Huda hanya ‘roll eyes’ Keisha ajak cakap Mandarin di rumah, bangga anak fasih bertutur macam pro!

Nabila Huda bangga dan teruja dengan pencapaian Keisha.

PELAKON Nabila Huda berbangga dengan pencapaian anaknya Keisha Laila dalam menguasai bahasa Mandarin walaupun hanya belajar secara dalam talian.

Ujar Nabila, 37, dia mahu anak tunggalnya itu menguasai bahasa berkenaan sebagai bahasa ketiga kerana yakin ia sangat berguna pada masa depan.

"Bahasa Mandarin ni sebenarnya bonus untuk dia pada masa akan datang jika dia boleh bertutur dengan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak masuk akal! Nabila Huda bengang bayar yuran penuh tapi hanya ‘online class’ - “Bukan pakai fasiliti, cuma nak bayar gaji cikgu”

"Alhamdulillah, dia bagus sangat dan cepat catch up. Sekarang dia dah boleh tulis dan bercakap... cikgu yang ajar dia pun memang sangat membantu.

Perkongsian Nabila menerusi Instagram miliknya.

"Nanti apabila sempadan dah buka kita nak pergi shopping dekat China pun senang, bawa dia je," katanya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Menurut pelakon filem Munafik ini, Keisha akan menduduki ujian kemahiran dikenali sebagai Chinese Proficiency Test (HSK) tidak lama lagi.

Bercerita lanjut tentang pencapaian itu, Nabila berkata dia juga terkejut apabila anaknya itu mampu menguasai bahasa Mandarin hanya dalam tempoh pembelajaran selama 14 jam.

Saya kasihan dengan anak-anak generasi sekarang sebab mereka tak dapat rasa nikmat untuk ke sekolah macam kita.

NABILA HUDA

PELAKON

"Dia ikuti kelas sekali dalam seminggu. Jadi dia hanya dapat belajar dan practice bertutur dengan cikgu je.

"Saya memang tak pandai... tapi dia ada la action cakap Mandarin dengan saya," katanya dalam nada gurauan beserta emoji roll eyes.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berhubung perkembangan Keisha bagi subjek lain selepas hanya mengikuti pembelajaran dari rumah atau homeschooling, Nabila berkata dia berharap agar anaknya itu dapat ke sekolah seperti biasa selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Nabila Huda dan Izwan bersama anak tunggal mereka Keisha.

"Bukan saya je risau, satu Malaysia risau anak-anak tak dapat ke sekolah sebab online class memang not works for kids.

"Saya kasihan dengan anak-anak generasi sekarang sebab mereka tak dapat rasa nikmat untuk ke sekolah macam kita.

"Tapi sekarang saya fikir Keisha kena belajar subjek utama iaitu matematik, sains dan bahasa Inggeris," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain