PENERBIT dan penulis skrip, Siti Rosmizah Semail kesal apabila ada netizen yang tidak bersetuju dengan cadangannya untuk menyambung drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) bagi musim kedua. Siti Rozmizah, 49, berkata, dia juga tidak memaksa mana-mana pihak untuk menonton karyanya itu, sebaliknya mengharapkan orang ramai tidak memperkecil-kecilkan usaha penghasilan jalan cerita sesebuah drama. ARTIKEL BERKAITAN: Penonton ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ dilabel makcik bawang... Siti Rosmizah kecewa kenyataan Shahrulezad - “Tolong hormat karya orang lain” "Sebenarnya saya faham kalau cerita yang akan disambung pasti orang ingat akan ada plot yang sama... saya pun dah ada jalan cerita untuk RASN 2 cumanya ia mungkin tidak akan dapat dilakukan dalam jangka masa terdekat sebab banyak lagi drama lain yang perlu saya selesaikan dahulu. "Bagi saya senang sahaja, kalau dia kata cerita sambungan itu nanti akan melalut, lebih baik dia tak payah tengok... saya pun tak paksa dia untuk tengok drama saya. Komen netizen di Instagram Siti Rosmizah. "Dia (netizen) macam itu kena tukar attitude sebab bukan senang penulis nak cari ilham untuk buat satu-satu karya tapi penonton tahu mengutuk jer. Kalau dia tak nak tengok, tak mengapa banyak lagi drama lain ada di televisyen," katanya ketika dihubungi mStar. Terdahulu, Siti Rosmizah meminta pendapat dan idea daripada pengikut laman sosialnya bagi jalan cerita RASN musim kedua. RASN yang dibintangi pelakon popular Shukri Yahya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan bagi slot MegaDrama di Astro Ria sudah pun tamat siarannya pada Isnin lalu. Sementara itu, ditanya mengenai resipi kejayaan setiap drama karyanya yang pasti mendapat templar di hati penonton, Siti Rosmizah yang juga merupakan seorang peguam berkata, dia banyak mengambil inspirasi daripada kisah benar yang berlaku terhadap anak guamnya. Dia (netizen) macam itu kena tukar attitude sebab bukan senang penulis nak cari ilham untuk buat satu-satu karya. SITI ROSMIZAH PENERBIT & PENULIS SKRIP "Saya banyak dapat ilham daripada kerjaya sebagai peguam selama lebih 20 tahun, macam-macam cerita saya dengar daripada anak guam. "Dari situ saya ambil kisah mereka untuk dijadikan sebagai pengajaran dan bagi mesej kepada penonton... saya tidaklah ambil sepenuhnya kisah mereka sebaliknya saya olah agar jadi lebih menarik dan tak lari dengan tema cinta dan kekeluargaan yang menjadi pilihan penonton kita. Siti Rosmizah terharu dengan sambutan penonton terhadap drama Rindu Awak Separuh Nyawa. "Macam drama RASN ini memang saya ambil daripada kisah benar client saya yang hidupnya memang jadi taruhan seorang wanita hanya kerana wanita itu memiliki kekayaan," ujarnya lagi. Dalam perkembangan lain, Siti Rosmizah kini sedang sibuk menyiapkan skrip satu lagi drama fenomena karyanya iaitu 7 Hari Mencintaiku musim ketiga. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Sekarang saya tengah siapkan skrip 7 Hari Mencintaiku 3, kali ini saya nak terus keluar dengan drama dahulu, jadi ia akan jadi eksklusif. "Penjualan novelnya mungkin akan keluar selepas drama itu ditayangkan sebab saya tak nak spoiler bertebaran seperti drama-drama sebelum ini, jadinya saya nak cuba pula formula tayang drama dahulu, baru jual novel," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!