SELEPAS sebulan melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Miera Liyana memberitahu, dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan jantina anak sulungnya demi menghormati permintaan suami Rosland Othman, 47. Menurut Miera atau nama sebenarnya, Miera Liyana Datuk Seri Kasmi, 28, berkata, dia juga berehat daripada laman sosial buat seketika bagi memberi tumpuan kepada bayinya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Miera Leyana tak kisah hidup bermadu - “Kalau betul pun, bukan saya buat salah” "Buat masa ini saya belum sedia dedahkan nama serta wajah anak. Sekarang memang fokus saya 100 peratus sudah tertumpu pada anak. "Media sosial pun saya jarang-jarang buka sangat, bukan tidak aktif... cumanya sekarang saya lebih banyak belajar benda-benda baharu seperti breast feeding dan cara penjagaan bayi sebab ini anak pertama saya. Suami banyak membantu Miera uruskan anak. "Bukan tak nak berkongsi, cuma kami tunggu masa yang sesuai... saya pun masih baru sebulan berpantang, mungkin lepas habis pantang nanti, InsyaAllah saya akan berkongsikan kepada semua," katanya ketika dihubungi mStar.Pelakon drama Memori Cinta Suraya ini selamat bersalin cahaya mata pertamanya di sebuah pusat perubatan di Damansara pada 16 Mei lalu. Berceritakan cerita mengenai penjagaan anak, Miera berkata, dia bersyukur dikurniakan suami yang rajin membantu memandangkan sudah mempunyai pengalaman sebelum ini. Buat masa ini saya belum sedia dedahkan nama serta wajah anak. Sekarang memang fokus saya 100 peratus sudah tertumpu pada anak. MIERA LIYANA PELAKON "Saya sangat bersyukur suami memang banyak membantu tukar lampin dan mandikan anak, walaupun dia sibuk balik lepas kerja, dia tetap jaga anak dan layan saya macam princess. "Selain suami, mak saya dan jururawat peribadi yang saya upah sepanjang tempoh berpantang pun sangat membantu. Ibu Miera (tengah) turut banyak membantu sepanjang tempoh dia menjalani pantang. "Saya cuma perlu fokus untuk breast feeding dan berjaga malam untuk anak sahaja," katanya. Tambah Miera, di awal dua minggu kelahiran anaknya, dia berasa sangat kekok dalam menguruskan dan memandikan bayinya itu. "Kalau nak tahu saya ini manja orangnya, walaupun saya anak kedua tapi manja saya lebih lagi daripada adik bongsu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Sebab itu famili macam tak percaya saya dah jadi mak... masa awal-awal nak mandikan anak pun, suami, mak dan jururawat memang pantau betul-betul apa saya buat. "Masa dua minggu pertama tu, memang mengigil jugalah saya nak mandikan dia," ujarnya. Miera mendirikan rumah tangga dengan usahawan Rosland Othman pada 27 Julai tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!