SELEPAS menimang cahaya mata kedua bulan lalu, penyanyi Tajul dan isteri Nurul Shamieza membuat keputusan untuk perancang keluarga dengan memasang rod implan perancang keluarga. Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md. Shari, 23, berkata, tindakan itu dilakukan bagi memberi tumpuan membesarkan dua anak mereka dengan sebaiknya. "Ye semalam saya temankan isteri pergi klinik untuk pasang rod implan perancang keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Tajul timang anak kedua, kepala terkehel ditarik isteri semasa bersalin "Kami merancang dan fikir daripada pelbagai aspek iaitu kasih sayang, kewangan, masa dan pelajaran. "Kalau tak fokusdan tak buat perancangan yang betul takut kedua-dua mereka tak dapat semua tu," katanya kepada mStar. Penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu ini memberitahu akan menanggalkan rod implan tersebut selepas tiga tahun atau apabila sudah bersedia untuk menambah anak. Perkongsian Nurul Shamieza memasang implan di Instagram miliknya. Sementara itu, Tajul berkata, dia bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata dan sememangnya merancang untuk menjarakkan kelahiran bayi ketiga buat masa ini. "InsyaAllah kalau ada rezeki lagi tiga tahun kami bersedia untuk ada baby yang ketiga. Kami merancang dari segala segi iaitu kasih sayang, kewangan, masa dan pelajaran. TAJUL PENYANYI "Yang kedua memang kami syukur dapat anak lelaki, biar sepasang dan boleh berkawan dengan kakak dia. "Kali ni bukan terpaksa pasang birth plan, kami suah berbincang dan memikirkan ini adalah keputusan terbaik dan kami mahukan masa tiga tahun untuk besarkan kedua-dua anak ni duhulu," katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam pada itu, Tajul berkata, pemasangan rod implan yang dilakukan adalah atas nasihat doktor dan ia selamat untuk digunakan serta tidak memudaratkan. Tajul dan Nurul Shamieza ingin membesarkan dua orang anaknya terlebih dahulu. "Doktor kata selamat digunakan 99.9%. Pasang untuk tempoh tiga tahun, tapi kalau dah ready... bila-bila pun boleh buka," ujarnya. Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Adriana Carisa, 3, dan Adrian Rifqy yang berusia sebulan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!