suria

Peminat ramal populariti merudum selepas kahwin... ini alasan Mira Filzah - “Saya sendiri susun jadual, gembira ada masa bersama suami”

Mira Filzah rasakan sekarang adalah masa sesuai untuk dia tumpukan pada suami dan keluarga.

SEJAK mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu, pelakon Mira Filzah berkata dia perlu bijak menyusun jadual kerja agar dapat membahagikan masa bersama suami dan keluarga.

Menurut Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badieozaman, 28, sudah sampai masanya untuk dia membataskan diri daripada penggambaran memandangkan sudah bekerja keras sejak empat tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wedding of the year! Mira Filzah selamat bergelar isteri Wan Emir Astar

"Saya rasa dah push kuat sangat sejak tahun 2016 hingga 2019, kerja, kerja dan kerja... shooting back to back non stop.

"Apabila dah kahwin ni, saya sendiri rasa patut susun jadual dengan lebih baik agar ada ruang dan masa untuk suami dan keluarga.

Mira menjawab pertanyaan peminat di Instagram.

"Saya perlu limitkan diri saya daripada penggambaran dan saya gembira melakukannya. Saya gembira ada masa bersama suami. InsyaAllah kalau nanti ada rezeki ada baby, lagilah (perlu banyak masa untuk keluarga)," katanya.

Mira berkongsikan perkara itu selepas disoal pengikutnya di laman Instagram menerusi slot 'Ask Me A Question' yang bertanyakan tentang adakah dia menjangkakan popularitinya akan merudum selepas berkahwin.

Bila dah kahwin ni, saya sendiri rasa patut susun jadual dengan lebih baik agar ada ruang dan masa untuk suami dan keluarga.

MIRA FILZAH

PELAKON

Pelakon drama Sweet Dreams itu berkata, perkara itu bergantung kepada bagaimana seseorang itu mentafsirkan maksud populariti itu sendiri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bergantung pada anda nak menilai bagaimana sudut populariti itu.

Perkahwinan Mira digelar Wedding of the Year tahun lalu.

"Pada akhirnya, kita sendiri yang tentukan apa yang lebih penting dalam hidup ini.

"Nak kata sudah puas berlakon, tidaklah... banyak lagi saya nak cuba. InsyaAllah saya akan terus berlakon bergantung pada kesesuaian masa," jawabnya.

Sementara itu, usaha mStar menghubungi Mira berhubung perkara ini masih belum berjaya berikutan aktres ini tidak menjawab panggilan dan WhatApps yang dihantar.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 32) ini mendirikan rumah tangga dengan arkitek, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 31, pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain