suria

Nenek Elfira Loy meninggal dunia terkena jangkitan Covid-19 di hospital, Ezzrin Loy syukur dapat urus pengebumian... pakai PPE lengkap

Elfira dan Ezzrin kehilangan nenek akibat Covid-19.

PELAKON Elfira Loy berkongsikan khabar duka apabila nenek kesayangannya, Siti Rokiyah Saad menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.

Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, berkata, Allahyarham neneknya disahkan positif Covid-19 selepas lima hari dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki.

Katanya, selain arwah beberapa pesakit yang berada di wad yang sama turut terkena jangkitan virus bahaya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui takut jarum suntikan, Elfira Loy gagahkan diri ambil vaksin AstraZeneca demi anak

"Sebenarnya berat nak cerita belum cukup nafas nak tahan air mata ni.

"Nenek saya warded dekat hospital sebab operation kaki, Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk di monitor.

Perkongsian Elfira di laman Instagram.

"Selepas beberapa hari, dah sampai giliran dia untuk suntikan vaksin. Alhamdulillah semuanya okay... Nenek tak alami sebarang simptom teruk.

Memang terkilan tapi Allah yang menentukan, kami hanya reda dengan ketentuan ini.

ELFIRA LOY

PELAKON

"Tapi selepas lima hari tak silap, nenek disahkan positif disebabkan ada outbreak dalam wad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ada berbelas orang disahkan positif... ia berlaku di hospital, puncanya dari siapa tak masih tak tahu.

Elfira hanya dapat melihat jenazah neneknya dikebumikan dari jauh.

"Memang terkilan tapi Allah yang menentukan, kami hanya reda dengan ketentuan ini," ujarnya.

Sementara itu, adik Elfira iaitu pelakon Ahmad Ezzrin Loy bersyukur diberi peluang melaksanakan proses pengebumian Allahyarham dengan memakai pakaian lengkap perlindungan diri (PPE).

"Malam semalam (Khamis) kami kehilangan nenek tersayang. Saya sangat bersyukur dapat menemaninya buat kali terakhir hari ini.

"Terima kasih juga kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana menyediakan saya dan Abang Faris (suami Elfira) untuk pengebumian nenek. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan," katanya.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan terperinci berhubung perkara ini masih belum berhasil berikutan Elfira masih belum menjawab panggilan telefon.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain