KEPRIHATINAN penyanyi Hafiz Hamidun menyelamatkan seekor kucing terbiar yang terseksa menahan sakit mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen. Cerita Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 37, pada mulanya dia terhidu bau busuk seperti bangkai di kawasan lif di pejabatnya di Damansara Perdana. Selepas memeriksa kawasan sekitar, rupa-rupanya bau busuk itu muncul daripada seekor kucing yang sedang menahan kesakitan akibat kesukaran untuk melahirkan anak. ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun mohon maaf tersilap cakap tentang penyakit bipolar Janna Nick... tawar diri untuk belajar "Saya tengok dia bunting dan nampak anaknya keluar tak habis. Malangnya anak kucing tu dah mati waktu tu, kepala masih dalam perut. "Sebab tu la ada bau busuk di situ," katanya ketika dihubungi mStar. Perkongsian Hafiz Hamidun di Instagram miliknya. Menurut Hafiz dia kemudiannya segera membawa kucing malang berkenaan ke klinik veterinar berdekatan untuk melakukan pembedahan membuang bangkai anak kucing. Malah Hafiz juga meminta doktor memandulkan kucing berkenaan bagi mencegah perkara tidak diingini pada masa depan. "Selepas ini saya mungkin akan bawa balik dulu sementara menunggu jika ada sesiapa berminat untuk adopt. Saya tengok dia bunting dan nampak anaknya keluar tak habis... malangnya anak kucing tu dah mati waktu tu. HAFIZ HAMIDUN PENYANYI "Saya sendiri sudah ada 11 ekor kucing, jadi saya harap ada pihak yang sedia membelanya... jangan risau segala kos perubatan saya akan tanggung," katanya. Ujar Hafiz dia sudah menamakan kucing berkenaan sebagai 'Lucky'. "Saya kena sign borang operation tu, kena letak nama dia. Kebetulan masa di klinik ada juga beberapa orang lain, salah seorang antara mereka cadangkan nama Lucky. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya akan bawa balik sekejap, kalau-kalau ada yang nak adopt Lucky nanti boleh saya bagitahu caranya, mungkin lepas habis full lockdown ke... tengok situasi. "So far ada yang dah DM (mesej langsung), tapi rata-rata duduk jauh. Tak apa kita tunggu lagi mereka yang duduk di sekitar Damansara atau Petaling Jaya," katanya. Hafiz juga merupakan seorang pencinta si bulu dan mempunyai 11 ekor kucing di rumahnya. Dalam pada itu penyanyi Belum Termiliki ini, menasihati orang ramai agar berhenti melakukan kekejaman dengan membuang kucing yang tidak berdosa. "Nasihat saya simple saja, kalau bela di rumah dan kucing selalu keluar merata-rata, eloklah mandulkan. "Tak nak jadi macam ni. Ada yang nak bela, tapi apabila tahu kucing dah bunting, terus buang merata-rata. Simpatilah kepada makhluk ini," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!