SIFAT ramah yang ditonjolkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun ketika mengunjungi kediaman anggota Caliph Buskers, Fendy Adlun mengundang kecaman netizen selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Semuanya gara-gara tindakan Rina menyuap makanan secara sentuh terus kepada anak perempuan Fendy iaitu Nur Azalea Zafirah, 6, yang juga merupakan seorang kanak-kanak istimewa. Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Fendy berkata dia berharap orang ramai memahami situasi anaknya yang mengalami masalah autisme serta cacat penglihatan. ARTIKEL BERKAITAN: Fendy Caliph Buskers minta rumah PPR, tak mampu bayar sewa mahal - “Dah macam nyawa-nyawa ikan... terdesak sangat” "Anak saya ni buta dan autisme... dia ni mudah mesra dengan orang. YB Rina hanya menyantuni anak saya dan bagi saya tak ada salah pun. "Dia sendiri minta disuapkan makanan tu untuknya... budak autisme ni lain tau."Apabila dia selesa dengan orang dia nak macam-macam. Jadi kita tak boleh harapkan dia faham seperti mana kita faham, " ujarnya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Antara komen netizen di laman Twitter. Foto Rina menyuap makanan kepada kanak-kanak itu kecoh diperkatakan di media sosial kerana tindakan itu boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan khususnya jangkitan virus Covid-19. Terdahulu Fendy yang juga pemain dram Caliph Busker itu menerima kunjungan Rina dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ke kediamannya di Sentul, Kuala Lumpur secara berasingan. Apabila dia selesa dengan orang dia nak macam-macam. Jadi kita tak boleh harapkan dia faham seperti mana kita faham FENDY ADLUN PEMAIN DRAM CALIPH BUSKERS Ia susulan video yang dimuat naik Fendy di Facebook bertujuan meminta bantuan rumah mampu milik di sekitar Kuala Lumpur daripada pihak berwajib. Bercerita lanjut tentang sikap anaknya, Fendy berkata kanak-kanak itu sentiasa mengharapkan perhatian daripada orang terdekat dengannya.[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Malah kanak-kanak berkenaan mahu segala permintaannya dipenuhi terutama jika dia berasa selesa dengan individu yang ditemuinya. Fendy dan anaknya menerima kunjungan daripada Datuk Seri Rina Harun. "Kalau kanak-kanak normal senang nak explain, tapi anak saya ni lain... kena layan dia dan meraikan dia. "Sekiranya apa yang dia nak tu tak dapat, dia akan mengamuk tapi dalam keadaan yang terkawal, " katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!