suria

Atikah Suhaime pelik kurang dapat ‘like’ walaupun 1 juta ‘follower’ di IG - “Adakah pengikut mahu saya comel 24 jam?”

Atikah Suhaime mempunyai sejuta followers di Instagram tapi kurang mendapat sambutan.

MEMPUNYAI sejuta pengikut di Instagram, pelakon Atikah Suhaime berasa pelik apabila posting dan video yang dimuat naik di laman sosial itu kurang mendapat sambutan.

Mahukan penjelasan itu, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime, 30, meminta pendapat pengikut laman sosial itu sama ada ia disebabkan kandungan yang dipaparkan tidak menarik?

"Algoritma Instagram nampak sedikit pelik sebab saya mempunyai sejuta followers tapi di mana semua likes dan viewers?

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime rela tiada ‘job’, enggan terima watak jahat berhijab, perampas! - “Nanti semua fikir perempuan bertudung tak boleh dipercayai”

"Bolehkah seseorang memberitahu saya apa sebenarnya yang terjadi, " ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon berasal dari Singapura ini berkata, dia tidak pernah membeli pengikut sebaliknya jumlah itu diperoleh hasil sembilan tahun bergelar selebriti.

kajsdajskdla

Perkongsian Atikah di Instastory miliknya.

Atikah turut mempersoalkan sama ada kekurangan memuat naik video TikTok atau memperlihatkan aksi comel menjadi punca laman Instagramnya tidak mendapat perhatian.

"Nampak macam saya membeli followers padahal saya memperolehnya selama sembilan tahun saya berada dalam industri atau mereka semua ghost followers.

"Adakah disebabkan tidak buat tiktok atau sebab saya jarang kongsi video atau adakah pengikut mahu saya untuk sentiasa comel 24 jam?” soalnya.

Adakah pengikut mahu saya untuk sentiasa comel 24 jam?

ATIKAH SUHAIME

PELAKON

Pertanyaan Atikah kemudian mendapat respons daripada rakan artis Afifah Nasir yang memberitahu rakyat Malaysia tidak menghargai bakat sebaliknya lebih gemar dengan perkongsian video yang tidak berpendidikan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kesian sungguh awak, sedih tetapi benar engagement awak akan menjadi tinggi sekiranya anda berkongsi video tiktok menari dengan mendedahkan aset.

"Orang kita suka perkongsian yang tidak berpendidikan dan bakat tidak dihargai di Malaysia.

atikahhhhh

Atikah Suhaime sembilan tahun berada dalam industri.

"Awak mesti kelihatan comel untuk mereka menghargai, " tulisnya.

Sementara itu, pihak mStar masih cuba menghubungi Atikah bagi mendapatkan komen lebih lanjut berkaitan perkara ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain