suria

[VIDEO] Solat jenazah ghaib untuk Siti Sarah di Masjidil Haram - “Allah terlalu sayang you ibu”

Shuib terima kiriman video solat jenazah ghaib isterinya di Masjidil Haram.

SIFAT pemurah dan baik hati Allahyarham Siti Sarah menjadikan penyanyi itu cukup disenangi ramai.

Buktinya sebaik sahaja arwah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, pelbagai cerita tentang kebaikan yang disembunyikan semasa hayatnya mula dikongsikan kepada umum.

Terbaharu, kasih sayang terhadap Siti Sarah turut dizahirkan apabila jemaah di Masjidil Haram, Makkah mengadakan solat jenazah ghaib untuk arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau sempat akak nak AJL” - Naim Daniel simpan rakaman ‘full demo’ Siti Sarah, terpulang kepada Shuib nak ‘release’ atau tak

Video sesi solat berkenaan dikongsikan suaminya yang juga pelawak Shuib Sepahtu di Instagram.

"Allahuakbar, Allah Maha Besar.

TONTON VIDEO YANG DIKONGSIKAN SHUIB

"Dapat kiriman video solat jenazah ghaib dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang awak ibu.

"Bergembiralah di syurga bidadari ku Siti Sarah," tulisnya bersama posting berkenaan pada Selasa.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan kebaikan Siti Sarah sehingga pemergiannya mendapat layanan yang baik di dunia.

Bergembiralah di syurga bidadari ku Siti Sarah

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

"Allahuakbar, orang baik ramai sayang. Layanan yang hebat untuk orang yang baik macam dia.

"MasyaAllah, pemergian yang sangat dicemburui dan sangat terasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ya Allah bertuahnya Sarah, bidadari kesayangan Shuib... Sarah baik-baik kat sana ya, berbahagialah," tulis beberapa netizen termasuk rakan selebriti.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

jasdj

Arwah Siti Sarah bersama Shuib dan anak-anak mereka.

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi lelaki dalam kandungan yang diberi nama Ayash Affan pada 6 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain