suria

[VIDEO] Rupa-rupanya Siti Sarah selalu nasihat Iman Troye, pernah datang sekolah bawa belon - “Dia pesan yang negatif tolak tepi dulu”

Iman Troye mengidolakan Siti Sarah sejak kecil sampai sekarang.

PESANAN dan nasihat daripada Allahyarham Siti Sarah agar tidak berputus asa dalam bidang seni akan terus menjadi pegangan penyanyi muda, Iman Troye.

Ujar Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, ketika dia berdepan tekanan akibat kecaman di awal kemunculannya, Siti Sarah antara individu yang tampil memberikan nasihat.

"Saya pernah rasa give up dan luahkan kepada kak Sarah... masa tu saya down dan rasa kosong.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Solat jenazah ghaib untuk Siti Sarah di Masjidil Haram - “Allah terlalu sayang you ibu”

"Dia kata jangan give up dan teruskan apa yang Iman minat.

"Katanya lagi jangan kisah apa yang orang cakap fasal kita dan teruskan apa yang kita buat... yang negatif ni tolak tepi dulu," katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu Iman berkongsi semula foto dan video pertemuannya dengan penyanyi lagu Kesetiaan itu pada 2019.

Kata Iman, momen kejutan daripada Siti Sarah yang hadir ke sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang di Selangor sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan dilupakan.

"Kak Siti Sarah adalah idola Iman sejak kecil sampai la sekarang.

Kak Siti Sarah adalah idola Iman sejak kecil sampai la sekarang.

IMAN TROYE

PENYANYI

"Dulu kak Sarah pernah buat kejutan, masa tu mama yang mesej kak Sarah di Instagram sebab nak bagi suprise kat Iman.

"Saya rasa happy waktu dapat jumpa dan dapat peluk kak Sarah," katanya.

Bercerita lanjut tentang kenangannya sepanjang mengenali Siti Sarah, Iman berkata arwah juga seorang yang penyayang dan suka mengambil berat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kak Sarah pernah ajar Iman vokal, rajin tanya khabar... macam-macam Iman belajar daripada dia.

"Kami pernah rancang nak jumpa, tapi disebabkan Covid-19, tiada kesempatan sampai la kak Sarah pergi dulu," katanya.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di PPUKM selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

sarahh

Siti Srah bersama Shuib dan anak-anak mereka.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011.

Selain Ayash Affan yang kini masih dipantau di PPUKM, mereka turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain