suria

[VIDEO] “Ada sesuatu arwah cuba sampaikan” - Shuib baru sedar Siti Sarah seperti bagi ‘hint’ dalam nyanyian terakhir... pandangannya sangat istimewa

Shuib tersentuh dengar nyanyian terakhir Siti Sarah.

MASIH bersedih dan rasa kehilangan, pelawak Shuib Sepahtu memuat naik sebuah video nyanyian terakhir isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di saluran YouTube awal pagi Jumaat.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, arwah sambil bertelekung menyanyikan lagu berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah hadir dalam mimpi anak ketiga, Shuib berharap dapat peluang sama - “Matin nampak ibu balik rumah bawa Ayash... tapi ibu diam je”

Seperti biasa, Allahyarham menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh emosi.

"Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021," tulis Shuib mengiringi perkongsian berkenaan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, Shuib berkata, nyanyian Allahyarham sangat berbeza seolah-olah ingin cuba menyampaikan sesuatu.

shuib 1

Komen Shuib di video lagu berkenaan.

"Assalammualaikum semua... sengaja saya kongsikan video ini sebab saya takut video ni hilang dari simpanan. Jadi saya abadikan di dalam Channel ini.

"Ini lagu terakhir nyanyian arwah pada 28 Julai lalu. Arwah yang beria-ria minta saya record dia menyanyi, ternyata semasa saya record video ini, saya merasakan satu perasaan yang sangat-sangat lain cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat-sangat istimewa.

"Bila di amati bait lirik, ternyata ada sesuatu arwah cuba sampaikan... InsyaAllah arwah kini tenang di syurga," katanya.

Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Sehingga kini video yang dimuat naik kira-kira pukul 2 pagi Jumaat itu menerima lebih 100,000 tontonan dan 1,000 komen.

Rata-rata netizen turut tersentuh dengan nyanyian arwah apabila lirik lagu tersebut seolah-olah ditujukan buat suaminya.

"Biar semua tahu kematian tak mengakhiri cinta"

"Apalah erti hidup tanpa kekasihku. Percuma ku ada di sini"

"Pukul 2 pagi abang Shuib post video ni. Walaupun tak berada di tempat abang Shuib tapi saya faham jauh di sudut hatinya sakit.

"Semoga abang Shuib dan keluarga diberikan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Sesungguhnya... Allah rindu," ujar seorang netizen.

shuib

Foto kenangan Shuib sekeluarga pada hari raya Aidilfitri lalu.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO NYANYIAN SITI SARAH!

Artikel Lain