suria

[VIDEO] Nabil Ahmad, isteri padam foto lama... pemergian Siti Sarah beri kesan mendalam - “Ujian paling besar setakat ini nak kekal istiqamah”

PELAWAK popular Nabil Ahmad memberitahu dia dan isteri Nazira Ayub sudah memadam foto-foto lama yang dirasakan tidak sesuai untuk tatapan umum di laman sosial Instagram.

Selain itu, menurut Nabil, 37, dia juga banyak melihat perubahan isterinya ke arah lebih baik selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nabil Ahmad mohon diberi kekuatan berdakwah kepada rakan artis - “Mereka semua baik tapi tiada kejayaan kalau tak ikut sunnah”

"Satu berita yang sangat menggembirakan bila ramai rakan-rakan selebriti sudah bertudung. Tahniah dan bersyukur... saya tengok perubahan isteri pun rasa syukur sangat.

Nabil 1

Nabil bersyukur dengan perubahan isteri dan rakan selebriti seperti Nana Mahazan yang kini bertudung.

"Saya doakan mereka ini terus istiqamah. Sebab ujian kita zaman sekarang ini lain sikit. Takut Allah beri hidayah, Allah boleh tarik balik. Bagi saya, perubahan ini sedikit sebanyak kesan daripada pemergian arwah Siti Sarah.

"Kita tak tahu bila akan sampai waktu kita. Macam saya dan isteri pun sudah padam gambar-gambar lama. Isteri saya pun dah padam gambar dia tidak bertudung sebelum ini," katanya kepada mStar.

Nak kekal istiqamah dalam membuat amal ibadah dan buat benda baik ini bagi saya ujian besar.

NABIL AHMAD

PENGACARA

Pengacara program Gegar Vaganza itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual sempena ulang tahun ke-25 Astro secara maya pada Selasa.

Isteri kepada Nabil mula mengenakan hijab sejak Januari lalu manakala baru-baru ini ramai selebriti antaranya Nana Mahazan, Siti Elizad, Fieya Julia, Vicha Saywho dan Izara Aishah mula bertudung.

Dalam pada itu, Nabil mengakui dia sendiri berdepan dengan ujian besar untuk kekal istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Nabil 2

Nabil bersama isteri dan tiga orang anak mereka.

"Ujian paling besar setakat ini dari segi nak istiqamah... nak bangun pagi untuk solat tahajud. Kalau masa awal-awal dahulu rajin nak bangun. Selepas itu dah jadi slow.

"Kadang-kadang dapat solat Subuh saja. Nak kekal istiqamah dalam membuat amal ibadah dan buat benda baik ini bagi saya ujian besar. Tapi saya tetap bersyukur dalam perjalanan hidup saya.

"Walaupun dah hujung-hujung tapi Allah bawa juga kita dekat denganNya. Kalau dulu, saya suka pakai cap (topi) tapi sekarang lebih selesa pakai kopiah," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain