suria

“Kenapa pula tak layak, apa kurangnya saya?” - Aliff Syukri tetap nak jadi PM, netizen pula buat pakej lantik Sajat jadi TPM

Netizen buat pakej lantik Sajat jadi TPM

KETIKA rakyat Malaysia masih berteka-teki tentang siapakah pemimpin yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri ke-9, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menawarkan diri.

Walaupun tawaran itu berbentuk gurauan, namun ada juga yang mempertikaikan kemampuannya untuk menjadi pemimpin nombor satu negara menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti di Parlimen.

Bagaimanapun usahawan yang terkenal dengan pelbagai gimik kontroversi ini bersungguh-sungguh menjelaskan dia adalah individu yang layak memikul tanggungjawab berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN; “Tak manis kata ceroboh... kami pergi 20 orang, bukan seorang” - Aliff Syukri dah hubungi A. Aida minta kebenaran guna rumah tapi tak jawab

“Kenapa pula tak layak? Apa kurangnya saya?

“Saya hanya memohon saja, mana tahu permohonan saya diluluskan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Terdahulu Aliff berkongsi ‘borang’ Permohonan Jawatan Perdana Menteri ke-9 Malaysia yang lengkap diisi dengan maklumat peribadi di Instagram.

“Kalau ada rezeki tak ke mana, doakan semuanya dipermudahkan,” tulisnya mengiringi perkongsian berkenaan.

Rata-rata netizen terhibur dengan cita-citanya itu namun ada yang berpandangan dia tidak mampu mentadbir negara.

Kalau diberi peluang InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia kerana saya yakin saya adalah calon yang paling sesuai

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

“Nak urus satu Malaysia dengan perangai MP (Ahli Parlimen) memang Datuk tak terdaya.

“Haha... dia jadi PM, Sajat jadi TPM!

“Bongok la Kri (Syukri) cara fasal kena kecam. Mak orang pertama akan memberontak,” kata beberapa netizen termasuk ibunya sendiri, Rozita Ibrahim di ruangan komen.

Bagaimapaun menerusi luahan kepada mStar, Aliff berkata dia merupakan individu yang sesuai berbanding calon-calon lain dalam kalangan ahli politik.

“Kalau diberi peluang InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia kerana saya yakin saya adalah calon yang paling sesuai,” katanya.

ALIFFFF

Aliff Syukri yakin boleh jadi pemimpin.

Sebagai makluman, dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memilih Perdana Menteri.

Perkara 3(2)(b) menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Seseorang ahli Dewan Rakyat pula dipilih melalui pilihan raya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain