suria

Eina Azman ‘operate’ leher lagi, mohon doakan sembuh sepenuhnya - “Biopsy sejak 2016 tapi sakit masih tak hilang”

Eina sudah empat kali melakukan biopsi sejak 2016.

HAMPIR seminggu tidak berkongsi sebarang aktiviti di laman sosial, pelakon Datin Eina Azman mendedahkan dia sebenarnya mengalami masalah kesihatan.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman memberitahu dia baru sahaja menjalani pembedahan di leher di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman tak potong barisan... rupa-rupanya termasuk golongan berisiko tinggi, layak dapat vaksin lebih awal

Enggan mendedahkan butiran lanjut, pelakon berusia 26 tahun itu berkata kesakitannya dialami itu masih tidak hilang biarpun sudah empat kali melakukan pembedahan.

Eina 1

Nama Eina dan suami pernah menjadi sebutan netizen gara-gara menerima vaksin awal.

"Alhamdullilah selepas enam jam saya dah bangun. Ramai yang WhatsApp dan DM tanya kenapa saya tak ada update apa-apa di Instagram dan masih terlalu ramai yang nak tahu saya sakit apa.

"Sejak akhir-akhir ini saya kurang sihat. Saya dah pernah buat biopsy sebanyak empat kali di leher sejak tahun 2016 sehingga hari ini. Dan sakit saya masih tak hilang," katanya.

Eina turut memuat naik foto memperlihatkan keadaan terkini selepas menjalani pembedahan.

Harap selepas pembedahan ini, sakit saya akan hilang selamanya.

EINA AZMAN

PELAKON

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut terkejut dengan perkongsian tersebut dan mendoakan agar aktres itu cepat sembuh.

Dalam pada itu, pelakon drama siri The Maid ini berharap pembedahan kali ini merupakan yang terakhir dan penyakitnya akan sembuh sepenuhnya.

"Hari ini saya berjaya buat pembedahan selepas dua tahun sebab biopsy yang saya buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit.

"Harap selepas pembedahan ini, sakit saya akan hilang selamanya... doakan saya," ujarnya.

Eina 2

Eina dan suami mempunyai sepasang anak kembar.

Untuk rekod, nama Eina pernah menjadi panas apabila didakwa memotong giliran ketika pemberian vaksin di Hospital Raja Permairusi Bainun Ipoh, Perak.

Namun pengarah hospital itu tampil menafikan dakwaan memotong giliran sebaliknya pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Abdullah berdasarkan rujukan doktor pakar.

Eina dan suaminya menerima vaksin pada 25 Mei di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak berdasarkan masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain