SELEPAS lebih setahun berada di Malaysia, penyanyi Yuna memberitahu dia merancang untuk kembali semula ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi meneruskan karier seni di sana. Menurut Yuna, 35, sepanjang tempoh pandemik Covid-19 banyak urusan muziknya tertangguh termasuklah pembikinan album baharu yang dijangka akan dilancarkan hujung tahun ini. "Kali terakhir mengeluarkan album untuk pasaran antarabangsa pada 2019. InsyaAllah, album kelima akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. ARTIKEL BERKAITAN: Yuna padam foto selepas disangka hamil, minta peminat elak komen tahniah! - “Ia mungkin sensitif untuk mereka yang sedang mencuba” "Kepulangan saya ke AS bagi melunaskan kerja pembikinan album yang belum selesai. "Saya juga akan berulang-alik ke Malaysia bagi memastikan kesejahteraan keluarga sentiasa terpelihara," katanya. Yuna masih teruskan karier nyanyian di Amerika Syarikat. Yuna atau nama sebenar Yunalis Mat Zara’ai, dan suami Adam Sinclair berada di Malaysia sejak Mac tahun lalu. Pasangan pulang ke tanah air kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan kerja, namun terkandas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi memastikan pelancaran album kelima itu berjalan mengikut perancangan, Yuna memberitahu dia membina studio di rumahnya. Alhamdulillah, sekarang ini dengan pelbagai kemudahan teknologi yang ada semuanya boleh dilakukan atas talian sahaja YUNA PENYANYI "Saya membangunkan studio dalam rumah selepas lebih setahun berada di Malaysia. "Alhamdulillah, sekarang ini dengan pelbagai kemudahan teknologi yang ada semuanya boleh dilakukan atas talian sahaja," ujarnya. Sebelum pulang ke AS, penyanyi lagu Crush berkolaborasi dengan Usher itu mahu menyumbang usaha kecil bagi membantu peniaga tempatan bagi menjana pendapatan ketika berdepan cabaran era pandemik Covid-19. Sebelum pulang ke AS, Yuna bantu peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik. Menyedari ramai peniaga terjejas dan hilang punca pendapatan ketika Covid-19, Yuna bekerjasama dengan syarikat dagangan digital dan teknologi kewangan, myIOU untuk memberi sokongan kepada jenama tempatan kecil atau besar. "Saya sudah lama berhasrat memainkan peranan lebih besar bagi membantu peniaga tempatan yang terjejas. Jadi, kerjasama menerusi perkhidmatan direka bagi memenuhi keperluan pasaran tanpa tunai ini menarik perhatian saya. "Saya mahu lihat anak tempatan mengambil peluang keemasan ini dengan menggunakan kemudahan perniagaan dalam talian. "Ia sedikit sebanyak dapat membantu lebih ramai peniaga dalam talian untuk mengembangkan perniagaan, sekali gus menjana pendapatan dalam era pandemik ini," katanya yang dilantik sebagai wajah rasmi myIOU yang menawarkan perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI