PENYANYI dan pelakon Elyana berkongsi berita duka apabila memaklumkan ibunya, Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19 pada Isnin. Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 34, memberitahu hanya ibunya sahaja yang dijangkiti, manakala bapa dan adik lelaki yang tinggal bersama bebas daripada jangkitan virus berkenaan. "Ya mama saya disahkan positif Covid-19... hanya mama yang positif, papa dan adik lelaki saya yang tinggal di rumah sama tidak dijangkiti. ARTIKEL BERKAITAN: Perit dengar cerita Elyana buat rawatan radioterapi hati dan pinggul - “Sakit... tapi saya kena kuat” "Saya mohon orang ramai doakan supaya mama saya diberikan kesembuhan segera dan diberikan kekuatan untuk melawan sakit ini," katanya kepada mStar. Sebelum itu, penyanyi lagu Kalis Rindu ini berkongsi mengenai berita menyedihkan itu menerusi Instastory miliknya. Perkongsian Elyana mengenai ibunya di Instagram. Dalam pada itu, Elyana berkata dia telalu bimbang dan sedih tidak dapat berada di sisi keluarga memandangkan keadaan kesihatannya juga kurang baik. "Saya sedih sangat... saya pun tak boleh nak tolong banyak sebab keadaan kesihatan pun tak berapa okay. "Saya baru selesai jalani radioterapi dan akan menyambung rawatan kimoterapi selepas ini. Elyana sedang menjalani rawatan radioterapi dan kimoterapi. "Saya mohon semua mendoakan mama saya semoga cepat-cepat sembuh ya," ujarnya. Pada Julai lalu, Elyana memulakan rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul sebanyak lima kali di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor. Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu dan membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu pada 2017. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI