KERINDUAN peminat terhadap Allahyarham Siti Sarah tentunya akan terubat dengan koleksi video-video masakan yang akan terus dikongsikan di platform Instagram arwah. Menerusi muat naik terkini, pengendali akaun berkenaan mula berkongsi satu video masakan yang sempat dirakam sebelum pemergiannya. Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, kedengaran Siti Sarah berceloteh sambil menunjukkan cara-cara dia memasak sambal jawa. ARTIKEL BERKAITAN: Shuib minta pelihara aib Siti Sarah, henti cerita kebaikan arwah berlebihan - “Mohon tidak keluarkan lagi gambar dan video tidak menutup aurat” Selain berkongsi bahan-bahan yang diperlukan, Siti Sarah sempat berkongsi tip untuk menjadikan menu berkenaan lebih menyelerakan. "Ok kita nak buat sambal Jawa my style ya. "Macam saya... saya suka ada santan, baru 'kick' rasa dia," katanya menerusi rakaman berkenaan. Perkongsian video masakan dirakam oleh Siti Sarah di Instagram mengubat kerinduan peminat. Rata-rata peminat melahirkan rasa gembira kerana sedikit sebanyak ia dapat mengubat rasa rindu terhadap arwah yang menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu. Semasa hayatnya, penyanyi lagu Semakin ini sering berkongsi resipi masakan dengan tajuk 'My Style' di laman Instagram. "Rindunya dengar suara kak Sarah masak, terasa macam masih ada. "Keep on posting her videos... lepas sikit rindu kami dekat arwah apabila nampak post mcm ni.. as if arwah masih ada. View this post on Instagram A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) "Ya Allah tersenyum tadi tengok lalu kat feed... lepas tu baru ingat yang kak Sarah dah takda," tulis beberapa netizen. Pada perkongsian berkenaan pengendali akaun itu memaklumkan arwah sempat merakamkan beberapa video masakan, namun masih belum dikongsi di laman tersebut. "Siapa rindu My Style... sebelum arwah pergi, arwah sempat merakamkan beberapa video masakan terakhir yang memang digemari oleh ramai pengikut. "Untuk pengetahuan semua, arwah memang gigih merakam dan mengeluarkan idea masakan semuanya untuk peminat yang disayangi. Foto kenangan Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka. "Sebagai tanda terima kasih, kami akan kongsikan video-video tersebut khas untuk peminat yang selama ini menyokong. Terus sama-sama mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah," tulis pengendali akaun di ruangan kapsyen. Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu. Dua hari sebelum itu, Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan. Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin. Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!