suria

Berhijab bukan alasan Izara Aishah tak boleh melawa… tetap bergaya tapi berpada-pada - “Jual tudung is not my thing, Sorry”

Izara Aishah berpada-pada dan tidak berlebihan dalam berfesyen.

PENAMPILAN terbaharu pelakon Izara Aishah mengenakan hijab dengan sempurna menerima pujian daripada peminat dan netizen di laman sosial.

Berterima kasih atas sokongan yang diberikan, Izara, 28, berkata penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti kebiasaan.

"Nak berhijrah ke nak melawa? Nak dua-dua! Haha jangan serius sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah bingung ramai ‘Instafamous’ dah jadi pelakon - “Stesen TV semakin tiada bajet sebab Covid-19 ke?”

"Terima kasih kepada yang bagi kata semangat, yang selalu positif dan sangka baik," katanya menerusi laman Twitter.

Pada Rabu, pelakon filem Kau Yang Satu ini turut berkongsi hadis menyebut mengenai Allah menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan.

Namun, ia haruslah berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riyak.

Saya selalu nak mulakan jenama baju sendiri tapi buat masa sekarang ni malas.

IZARA AISHAH

PELAKON

"Boleh ambil gambar cantik-cantik buat diri happy, janji jangan eksyen (menunjuk-menunjuk secara berlebihan),” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meskipun sudah tampil dengan imej muslimah, Izara berkata dia tidak terfikir menjadi seorang usahawan tudung kerana lebih selesa membeli.

"Jual tudung bukan pilihan saya. Maaf. Saya lebih suka beli.

"Saya selalu nak mulakan jenama baju sendiri tapi buat masa sekarang ni malas. Perlukan masa kerana terlalu sibuk menjaga anak kecil saya dan saya gembira dengan perniagaan ENYA," tulisnya lagi.

izara 1

Perkongsian Izara di laman Twitter dan Instagram.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan melaporkan Izara ada bertanya soalan kepada seorang ustazah mengenai hukum seseorang berkongsi foto diri di laman sosial.

Izara berkata dia bersedia untuk memadam kesemua foto dan juga akaun media sosial miliknya jika ada bukti kukuh mengenai hukum tersebut.

Bagaimanapun, seorang ustazah memaklumkan tindakannya memuat naik foto ke laman sosial tidaklah haram namun haruslah berpada-pada.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen Izara mengenai penghijrahannya masih belum berjaya berikutan pelakon ini belum membalas mesej yang dihantar.

Pada 14 Ogos lalu, Izara atau nama sebenar Nik Izara Aishah mencuri perhatian pengikutnya apabila mengenakan pakaian yang lebih sopan selain bertudung labuh di Instagram.

Dia juga bertindak memadam gambar-gambar lama tidak bertudung di Instagram sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain