SELEPAS lima hari disahkan positif Covid-19, gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel meninggal dunia kira-kira pukul 9 malam, Rabu. Lebih memilukan apabila Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira menghembuskan nafas terakhir selepas pemergian rakan baiknya iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah, juga akibat Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jangkitan paru-paru, Wani Comel disahkan hidap komplikasi jantung bengkak pula - “Dia perlu rujuk doktor yang buat pembedahan ususnya” Menurut penjaga kepada arwah Wani iaitu Muhammad Shah Rovinderjit, Wani dijangkiti wabak itu selepas sehari menerima suntikan vaksin dos kedua pada 13 Ogos lalu. Manakala Nabihah pula disahkan positif selepas empat hari menerima suntikan vaksin dos kedua pada 8 Ogos lalu. Wani dan rakan baiknya, Nabihah (kiri) meninggal dunia pada hari yang sama. "Wani meninggal dunia di rumah sekitar pukul 9 malam, semalam (Rabu) manakala Bihah meninggal di Hospital Putrajaya pukul 4 petang hari yang sama. "Masing-masing hanya jalani kuarantin di rumah saja," katanya kepada mStar. Sebelum ini, Wani yang berdepan masalah berat badan hampir 300 kilogram terpalit dengan kontroversi bersama Datuk Seri Aliff Syukri apabila mendakwa usahawan kosmetik itu menabur janji manis selain menyediakan kontrak perjanjian berat sebelah. Allahyarham ditawarkan pembiayaan bagi menjalani pembedahan bariatrik serta mengikatnya sebagai duta produk pelansingan badan. Terdahulu, berita pemergian mereka dimaklumkan menerusi Instagram @wanicomel20 pada Khamis. Jenazah arwah kini masih berada di Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala Nabihah pula di Hospital Purjaya. Sehari sebelum mereka meninggal, ibu Bihah terdengar perbualan mereka berdua di bilik. MUHAMMAD SHAH ROVINDERJIT PENJAGA WANI COMEL Dalam pada itu, Shah Rovinderjit memberitahu ibu kepada Nabihah ada mendengar perbualan mereka berdua sehari sebelum meninggal dunia. "Sehari sebelum mereka meninggal, ibu Bihah terdengar perbualan mereka berdua di bilik. Bihah kata dekat Wani 'boleh ke kita ni?'. "Lepas itu Wani kata dekat Bihah yang mereka kena kuat. Wani ada kata yang kalau Bihah tak ada, dia akan ikut sekali. "Tak sangka memang mereka berdua pergi bersama pada hari yang sama," ujarnya. Sementara itu, Shah Rovinderjit turut berkata dia masih belum memaklumkan ibu kepada Wani mengenai berita sedih itu. "Buat masa sekarang, saya masih belum maklumkan mak Wani. Sebab mak dia ada masalah jantung. Saya tak sampai hati nak beritahu. "Saya hanya kata Wani di hospital untuk oksigen. Mungkin petang sikit selepas selesai urusan jenazah, saya akan beritahu," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!