BERALIH angin ke stesen radio Gegar FM, pelawak Issey Fazlisham mengakui perubahan itu dilakukan kerana ingin keluar dari zon selesanya. Bagaimanapun, bekas penyampai Suria FM ini menafikan khabar angin perhijrahannya ke stesen radio milik Astro itu disebabkan tawaran bayaran yang lumayan. ARTIKEL BERKAITAN: Issey tinggalkan Suria FM selepas 3 tahun bersama ‘Team Pagi Suria’ - “Saya ada rancangan kerjaya sendiri” "Masa ucapan terakhir di Suria, saya ada beritahu yang saya ada perancangan sendiri cuma satu masa nanti saya akan kongsi. Issey kendali segmen Gegar Pagi bersama Shah. "Jadi inilah perancangan saya... saya hanya tukar angin saja. Saya pun nak keluar dari zon keselesaan. Bagi saya, ia bagus untuk dalam setiap pekerjaan. "Bila kita dapat keluar dari zon keselesaan kita itu sama seperti kita mencabar diri sendiri. Tujuan utama memang nak tukar angin," katanya kepada mStar.Bermula Isnin lalu, Issey mengendalikan segmen Gegar Pagi, setiap Ahad hingga Khamis pada pukul 6 hingga 10 pagi bersama rakan penyampai Shah. Menerusi laporan mStar pada 16 Julai lalu, Issey, 34, mengumumkan keputusannya tidak menyambung kontrak sebagai penyampai radio Suria FM. Tiga tahun bersama stesen radio tersebut, Issey berkata keputusan dibuat kerana mempunyai perancangan kerjaya tersendiri dalam dunia hiburan. Doakan agar perjalanan isteri saya nak bersalin nanti berjalan lancar. ISSEY FAZLISHAM PENYAMPAI RADIO Dalam perkembangan lain, Issey meluahkan rasa bimbang dengan keadaan isterinya iaitu Noor Aimi Jamel yang kini sedang sarat mengandung. Melihat kes Covid-19 yang melibatkan ibu mengandung, Issey berharap peminat dapat mendoakan keselamatan isterinya yang dijangka akan bersalin bila-bila masa sahaja. "Bila bercakap soal isteri sedang sarat mengandung ni, sudah tentu saya sangat mengharapkan doa daripada semua orang. Issey berharap semua orang mendoakan proses bersalin isterinya. "Doakan agar perjalanan isteri saya nak bersalin nanti berjalan lancar. Sejujurnya, saya takut sangat dengan keadaan isteri mengandung ini. "Macam saya sendiri hanya keluar dan balik bekerja saja. Tak pergi mana-mana... sebab ambil langkah berjaga-jaga," ujarnya. Pada Februari lalu, Issey berkongsi berita gembira bahawa isterinya sedang hamil dan usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Untuk rekod, Issey diijabkabulkan dengan Aimi pada 22 Disember 2019 di Kota Bahru, kelantan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!