suria

Aliff Syukri maafkan Allahyarham Wani Comel, puas hati dapat bantu arwah berjalan - “Tapi sejujurnya saya masih terasa hati”

Aliff Syukri maafkan Wani atas apa yang berlaku sebelum ini.

BERITA pemergian gadis obesiti dikenali sebagai Wani Comel turut mengejutkan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang sebelum ini didakwa menganiaya gadis berusia 24 tahun itu.

Meskipun isu membabitkan mereka masih belum menemui jalan penyelesaian, Aliff berkata dia sudah memaafkan arwah.

Dalam masa sama, Aliff, 35, bersyukur kerana dapat merealisasikan impian Wani atau Nurul Airawani Nazira untuk kembali berjalan selepas 10 tahun tidak merasai nikmat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjaga Wani Comel terdengar perbualan terakhir arwah dengan kawan baik - “Dia kata kalau Bihah tak ada, dia akan ikut sekali”

ARTIKEL BERKAITAN: Diarah ‘potong usus’ agar ubat langsing terjual... Wani Comel tanggung derita diperdaya usahawan kosmetik terkenal

"Sejujurnya saya masih terasa hati dengan Wani kerana isu lalu... hari ini apabila dengar berita dia meninggal dunia kerana Covid-19, saya pun terkejut.

"Sebenarnya saya dah lama tak ikuti perkembangannya selepas dia membuat tuduhan terhadap saya sebelum ini sehinggalah dimaklumkan mengenai pemergiannya pagi ini (Khamis) sudah takdir tertulis dia pergi dulu, saya reda.

aliff 2

Aliff lega dapat bantu Wani berjalan.

"Namun saya berpuas hati kerana dapat membantu Wani untuk merasa sedikit nikmat berjalan atas keizinan Allah walaupun hanya sementara," katanya kepada mStar.

Wani yang berdepan masalah berat badan hampir 300 kilogram pernah tular sebelum ini disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 pada pukul 9 malam, Rabu.

Pada Disember 2020, Wani tampil membuat pendedahan dia dianiaya dan dimanipulasi Aliff yang hanya menabur janji manis selain menyediakan kontrak perjanjian berat sebelah.

Kalau ikutkan saya memang masih terasa hati tetapi sebagai umat Islam dan manusia yang berhati perut saya memilih untuk memaafkan!

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

Tidak berpuas hati dengan tindakan jutawan itu, Wani bertindak menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan.

Berkongsi perkembangan terkini kemelut membabitkan mereka, penyanyi lagu Cuba ini mendedahkan peguamnya ada menghantar surat saman kepada Wani dan seorang lagi bekas pekerjanya pada awal tahun ini.

aliff 3

Wani (kanan) meninggal dunia pada hari yang sama dengan sahabat baiknya, Putri Nur Rabiatul Nabihah.

Namun dia masih belum mengetahui tindakan susulan yang bakal diambil selepas pemergian mengejut Wani ini.

"Ya saman kepada Wani dan bekas pekerja saya masih dalam proses tapi dia dah meninggal dunia, jadi tengoklah dahulu macam mana.

"Kalau ikutkan saya memang masih terasa hati tetapi sebagai umat Islam dan manusia yang berhati perut saya memilih untuk memaafkan.

"Saya masih kasihan dengan ibunya yang sedang berada dalam kesusahan dan berdepan beberapa masalah kesihatan.

"Nak bagi duit atau apa-apa pampasan mungkin tidak lagi! Cukuplah saya sudah memaafkan apa yang telah berlaku sebelum ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain