PATAH hati, kecewa dengan imoji ‘broken heart’ antara yang ditinggalkan peminat di Instagram milik pelakon Remy Ishak sejak malam Khamis. Pengumuman Remy untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan iaitu Ezza Yusof nampaknya memberi kesan kepada segelintir peminat pelakon filem Pulang itu. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak perlu layan saya seperti VIP” - Ezza Yusof pandai ‘ikat’ hati Remy Ishak, sentiasa ada di sisi Walaupun ada yang kecewa, ramai juga yang memberi sokongan dan mendoakan majlis perkahwinan pada Sabtu ini berjalan lancar. “Saya baca berita, tahniah crush. Tak sangka dia dah nak kahwin, sedihnya. 8Antara komen peminat (kiri) dan status Ezza. “Saya kecewa, terngiang-ngiang dia nak nikah Sabtu ni. Tapi saya tetap minat Remy. Wife tolak tepi. “Tahniah... 21 Ogos ni hari patah hati. Saya minat sangat abang Remy,” demikian antara komen netizen. Pada Khamis, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas tunangnya iaitu Ezza Yusof pada Sabtu ini. Majlis pernikahan itu akan diadakan di sebuah lokasi di ibu negara secara tertutup berikutan negara masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Syukur Alhamdulillah, terima kasih atas doa doa yang baik untuk saya dan Remy. EZZA YUSOF AHLI PERNIAGAAN Sementara itu, Instagram bakal isteri Remy iaitu usahawan Ezza Yusof juga mula mendapat perhatian netizen terutamanya peminat-peminat Hero Malaya berkenaan. Rata-rata mereka memberi komen positif dan ucapan tahniah serta mendoakan urusan pasangan itu dipermudahkan. “Tahniah kak, kami tumpang gembira. Semoga dipermudahkan urusan esok,” ujar netizen. Malah pelakon Tiz Zaqyah turut meninggalkan imoji love pada posting terbaharu wanita itu. Remy dan Ezza sudah berkenalan sejak lapan tahun lalu. Sementara itu menghargai ucapan dan doa orang ramai, Ezza menerusi Instastory mengucapkan terima kasih atas kata-kata yang baik untuk dia dan Remy. “Syukur Alhamdulillah, terima kasih atas doa doa yang baik untuk saya dan Remy. Semoga urusan anda semua juga dipermudahkan Insya-Allah. Amin” tulisnya. Ezza merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai bisnes kasut jenama 2morrow. Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019. Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI